23 April 2011

DUNIA


Dunia semakin hampir kehujung perjalanannya.. tidak terlarat jika kita yg menanggung sengsaranya ia akan semua yg telah manusia buat diatas pentasnya itu. Tetapi berkat Nur yg ada padanya, mampu ia bersabar dan redha apa saja serta segala terima perbuatan manusia itu, walaupun mereka dimurkai oleh Pencipta, Allah rabuljalil.

Dunia sudah berjuta tahun umurnya, begitu juga perjalanan menuju kehancurannya pd kiamat yg kunjung mendatang. Ketaatnya tiada kepalang, melihat semua manusia satu demi satu dimasukkan kedalam dirinya apabila maut mendatang. Ada juga yg tak mendapat redhanya memasuki liang lahad dan mereka terapong diudara sampai hari kiamat. Masing2 dengan cerita dan lakonan masing2, malah setengah dari mereka dapat dilihat oleh dunia akan kepuraan2nya, permainan2nya, angkoh sombongnya, dan semua perbuatan keji yang menipu diri mereka sendiri. Mereka kejam pd diri mendiri.

Sebenarnya dunia yg tahu akan akibat pembalasan yg bakal mereka terima atas kekejaman pd diri mereka itu membuat dia kecut dan takut teramat sangat kerana dia sendiri tidak sanggup menanggung azab itu. Tetapi manusia yg buta,.. sanggup... bumi sedang menangis, ya tuan2 bumi menangis tampa diketahui manusia... tapi ia tetap taat akan perintah Ilahi. Ia sabar beterusan...

Manusia semua bebas memilih yg baik dan buruk, asalkan sanggup tangung akibatnya diakhirat kelak. Kepada mereka yg tidak mahu membuka mindanya lagi terserahlah pada Allah, yg berjaya adalah mereka yg sentiasa berfikiran positive dan berfikiran bersih serta sentiasa ingin maju rohani dan jasmaninya. Diharap kita sentiasa dipelihara.
waalahua'alam...

0 ulasan:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More