23 May 2011

Tok Mat Janggut

Ust Hj Ahmad Che Din

Tok Mat Janggut, nampaknya biasa saja kan. Tapi apa yg disebelik 'biasa' dia tulah yg saudara kena faham hari deni hari. Dia bersembunyi dalam terang. Menjaga amanah, adab, zuhud dll. Tapi yg penting "berwisilah dan beribitah" menyampai Rasullah pada dia dan untuk kita.

Sememangnya beliau orang yg sangat sederhana, cuma anak2 murid beliau yang telah menghadiahkan kereta, rumah dan lain2 utk kemudahan. Atok pernah bertanya padanya kenapa dia guna kereta dan berumah besar ? sedangkan dulunya dia tiada semua itu.

Dia menjawab "kerana anak murid yg hendak saya mudah bergerak keseluruh pelusuk negeri utk bertemu mereka, semua ni tidak saya minta tetapi mereka yg buatkan rumah, beri kereta dll. Kalau ikut saya, tak perlu semua tu. Memadai dengan apa yg ada dulu pun dah cukup baik ".

Memang mana2 guru akan mendapat perhatian drp anak2 muridnya yg amat sayangkan guru seperti Ibu dan Bapa mereka sendiri, Malah kalau dulu2 ada yg sanggup jadi khadam guru kerana sayangkan guru yg sebenarnya zuhud dan tak hiraukan kemegahan duniawi ini.

Takat ini guru kena jaga dirinya dan ia lebih takut dunia yg datang kepadanya tampa dicari. Itu yang beliau kata pada atok....

Silat ABJAB

Sepanjang atok belajar silat ABJAD tak pernah ada jampi serapah dan mentera untuk terbang. Hanya mungkin dgn pertolongan Allah saja murid itu "terbang". Bukan jampi serapah dan mentra yg membuat org blh terbang. Fitnah pd ABJAD memang cukup kuat kerana perjuangan mereka utk memperbetulkan akidah Islam didalam persilatan Melayu itu tidak digemari oleh mereka yg mempertahankan ajaran nenek moyang dlm persilatan kian tebal.

Justru berbagai2 andaian, tomahan, fitnah dan termasuk menyerai palsukan ABJAD sebagai ajaran sesat oleh majlis agama, walhal tiada didalam majlis agama mana2 negeri di Malaysia yg berbuat demikian. Ha... bukan senang nak menghadapi masyarakat Melayu ni. Banyak sangat hasad, dengki, hianat dan tomahan yg akan kena jika melawan arus. Tapi perjuangan atas nama Allah akan tetap berdiri walau apa pun terjadi kerana "DIA BERSERTA". Maka terserah anda menilainya ?

Adakah Tuk guru Mat Janggut seorang guru silat?

Pada asasnya beliau bukanlah seorang guru silat kerana beliau juga belajar dibeberapa pondok yg ternama. Beliau adalah pejuang, guru, tempat rujuk dan penaung bagi banyak pertubuhan. Tentang silat, apabila beliau mendapati banyak penyelewingan akidah didalam persilatan Melayu, maka guru beliau, Syekh Mahmud Osmani telah mengarah beliau untuk memperbetulkan akidah pesilat2 dlm negara ini, iaitu meneruskan perjuangan guru2nya itu.

Jadi didalam ABJAD ini timbullah ajaran silat yg menggunakan keadah Islam yg tidak bersandar kepada jin dan pemujaan . Ia berseh dari itu semua. Atok pd awalnya dulu masuk belajar kerana nak siasat mereka.

Tapi setelah mengikuti semua bab, uslah dan readahnya, atok dapati ia menepati semua sunnah dan al Quran maka atok terus menjadi murid dan kekal sampai hari ini. Atok juga belajar silat ABJAD sampai jadi jurulatih.

Dlm bab rohani, kena rajin buat kerja. Dia akan pandu sampai sudah... tak berganjak walau seinci pun. Begitu yg atok boleh kata tentang Ust Mat Janggut.

Malumat tambahan
bukit kaf

Bukit Kaf adalah tempat 'ghaib' kerajaan Waliallah. Ia ditakbir oleh Sultan Wali Saidi Syeikh Abdul Khadir Jailani. Pada setiap saat dan waktu ia sentiasa dimeriahkan dengan zikrirullah serta selawat kpd Baginda Rasullah saw, selih berganti dari waliallah yg dapat tinggal disitu. Disetiap Ramadhan pd malam lailatulkhadar akan berhimpunlah para waliallah semua disitu bagi membahagi kerja, perbentangan budjet, penyusunan semula takbir dunia atas ketetapan Allah dan Rasulnya dll. Semua akan dibincangkan disini. Waktunya sangat lama tapi dialam dunia ia hanya sekelip mata saja. Dialam ini terdapat banyak hazanah rahsia dunia yang tersembunyai. Alam ini dijaga oleh para malaikat yg gagah perkasa semuanya, jadi barang sesiapa yg mencerodoh akan terus terkena musibah. Jika ia mencuri disini terus akan jadi batu, keras terpacak disitu sehingga hari kiamat. Antara yg sangat suka mengintip disini ialah Iblis, syaitan dan manusia yg jahat sangka. Mereka hendak mencuri hazanan disini tetapi tidak pernah berjaya. Salah satu gambaran yg atok boleh bagi akan hazanah disini ialah "Buah Appel hijau", sebesar tempayan merah tu ? kan ajaib....

Begitulah serba sedikit cerita guru2 atok dulu...


SAMPAI..

Makanya jika dah "sampai" jangan buka banyak sangat pada masyarakat yg tak faham perjalanannya. Seorang Waliallah seharusnya menjaga aib dan adabnya, memilih banyak berdiam dari bercakap, kata2 yg keluar dlm keadaan fana akan menimbulkan fitnah pd dirinya sendiri. Lihat saja Al Halaj, bagaimana lafas kata2nya didalam keadaan "Fana" telah menjadikan masyarakat huru hara hingga dia dihukum pancong akabat fitnah. Ini harusnya menjadi teladan kepada mereka sesudahnya. Cuba simpan "Rahsia" yg terbuka dari Allah itu adalah lebih baik dari berkata2. Lagi pun ia adalah untuk dirinya saja, bukan utk diketahui oleh yg lain.


Bangsa ARAB

"Cintailah Arab kerana tiga perkara: Kerana saya orang Arab, Al-Quran berbahasa Arab dan pertuturan Ahli Syurga dengan Bahasa Arab."

"Ya Salman, janganlah engkau membenciku kerana nanti menyebabkan engkau akan terpisah dari agamamu." Jawab Salman: "Wahai Rasullullah, bagaimana mungkin saya membencimu sedangkan engkau menyebabkan kami mendapat hidayat".

Sabda Rasullullah: "Jangan engkau membenci Arab, kerana kalau engkau membenci Arab bererti engkau membenci diriku". (H.R Ahmad bin Hambal, Tarmizi, Hakim, Tabrani dan Abu Nu'aim)

(Sumber dari buku Imam Syafie penghulu imam dan pembaharu ummah)

Ust hj Ahmad Che Din - 013 4500007

Cucu dipersilakan menghubungi terus kepada guru tok jangut (Ust hj Ahmad Che Din) diselama perak itu ditalian h/s nya 013 4500007. Insyaallah akan diberi tunjuk ajar seterusnya. Cuba cucu fikir... kenapa agaknya atok berguru dengan nya sedangkan atok sendiri telah begitu lama diseberang mempelajari Tasauf dan Tarikat, tentu ada sesuatu "KEISTIMEWAAN" yg ada pada Ust Mat Janggut itu ??? Jadi kalau nak tahu kena kenal dia, lama kelamaan akan tahu rahsia itu. Ia tak boleh atok yg buka, ia kena buka sendiri....sebab lain padang lain belalang. Faham kan ! ok




Sistem Khalifah




Tentang sistem Khilafah tu, memang sukar nak ditegakkan tampa perang. Pernah atok tanya pekara ini pd guru atok dulu, dia jawab... Sistem Khalifah zaman Nabi dulu ditegakkan tampa Nafsu sarakah, adakah mampu pemimpin2 Islam zaman sekarang berbuat seperti itu ? jawabnya tak mungkin. Jadi bila boleh sistem ini boleh ditegakkan ? jawabnya...lepas habis perang akhir zaman nanti, waktu tu tinggal Islam yg tulin saja maka bolehlah berpegang dengan sistem itu. Oleh itu kenalah tunggu belakunya perang akhir zaman baru akan tegak kebenaran.... sebelum waktu itu jangan bermimpi akan dapat ditegakkan dengan pemimpin yg tidak berkualiti yg ada spt sekarang ini. waallahua'lam....




Bersanding




Bab bersanding tu hanya hukumnya harus dan ada ulama yg berpendapat ia sunat kerana ingin mengumumkan perkahwinan itu kepada umum. Tapi masaalahnya dizaman sekarang ia dah jadi kemegahan dan budaya menunjuk2. Kemudian ia tiada didalam budaya Islam dan dicampur adok dgn budaya melayu yg berserta jin. Jika kita lihat semuanya dah jadi haram. dari mula sampai selesai upucara. Mana lebih utama... nak dapat pahala sunat/harus atau dapat dosa ?

Masing2 tahu akan pekara yg atok katakan ini... malangnya ia dipegang begitu kuat oleh org2 melayu kita kerana sbb amalan turun temurun. Mereka tahu bercampur lelaki perampuan yg bukan Muhrim / ajanabi itu haram. mereka tahu membuka aurat itu haram. Mereka tahu merenjis tawar dan menabur beras kunyit itu memangil semangat (jin) itu haram. Mereka tahu mendengar musik yg melalaikan solat itu haram serta banyak lagi perbuatan diwaktu bersanding itu salah dan ditegah.... tetap juga mereka buat ????

Skg bagaimana... tepok dada tanya selera, Berani buat beranilah tanggung ?


Jin




Ya... ia sememangnya adalah dari gangguan makhluk halus atau jin. Ia boleh bawa

fikiran melayang,

rasa malas,

terlalu rajin,

terlalu kuat,

terlalu takut,

terlalu malu,

gementar,

kecut perut,

gayat tempat tinggi,

syak wasangka,

was-was,

rasa taksub diri,

megah, tinggi diri,

hilang rasa malu,

hilang hormat,

hilang rasa kaseh sayang pd org tua,

memendang rendah pd org lain dan berbagai lagi perasaan, fikiran,

kata hati kita yg boleh jin itu main-mainkan.

Antara sebab utama ialah "saka" atau jin yg diwarisi turun temurun. Inilah kerja mereka.


Oleh itu kena buang sifat atau jin itu jauh dari tubuh kita supaya tidak menganggu hidup kita. Susah kita nak buat kerja kalau ada masaalah begitu kan ???







SULU




kerajaan sulu klu mengikut cerita org2 dulu di rantau ini (dari jurai keluarga atok sendiri)... mereka kata sebenarnya kerajaan ini adalah kerajaan pertama org melayu dinusantara. Ia semenjak dari zaman Nabi Nuh as lagi. Bila Nabi turunkan kaumnya (anaknya sendiri) dinusantara itu ialah diwilayah Mindanau. kemudian keluarga ini berkembang menjadi besar dan berpindah randah untuk menjaga wilayah jajahan yg meliputi mindanau, borneo, sulawisi, tanah jawa, sumatera, tanah melayu, siam, kemboja, viatnam, laos, burma, seri langka. apabila kerajaan ini lemah, maka ia diambil aleh oleh kaum yg lebih kuat hinggalah ujudnya kerajaan lain spt Majapahit, srivijaya, sunda, tumasek, patani, bugis sulawisi dll. apabila mereka dijajah oleh inggris, belanda dan sepanyol maka 3 kuasa ini pula telah memecahbelahkan semua kerajaan ini menjadi negara-negara spt Filipina, Indonesia, malaysia, berunai, singapura, thailan, kembucha, Viatnam, bruma dll. ini termasuklah kerajaan sulu yg terpecah menjadi 3 (filipina, indonesia dan malaysia) tampa mereka persetujui. sebenarnya penjajah2 itu tidak pernah menang perang dgn sulu sampai kehari ini. Mindanau telah diperintah secara paksa oleh sepanyol dan sekarang menjadi sebahagian filipina tampa restu raja-raja sulu. Keturunan mereka maseh ada salasilah, mohor kerajaan, peralatan kerajaan, surat2 perjanjian, geran asal tanah, mohor perlantikan, pengiktirafan dari raja2, raja england, raja sepanyol dan raja belanda termasuk penyerahan sabah kpd malaysia utk merdeka dgn perjanjian pajakkan tanah yg dipersetujui oleh Tengku Abd Rahman. Ini semua sedang mereka buat dgn peguam2 utk masuk ke ICJ. Atok sendiri dipanggil sebagai saksi drp jurai keturunan atok di sulawisi (kerajaan Makasar). Tarikh itu tak termasuk kerana ia diistiharkan oleh sultan Kiram 111... sultan Kiram 11 pun tak ada, dokuman pun tak ada, mohor kerajaan pun tak ada ,apa pun tak ada... tiba2 mengaku sultan ?? ada hati pulak panggil atok suruh iktiraf. Atok tak layan sultan kiram 2 atau 3 itu, mereka tak tahu sejarah ??? Memang Kesultanan Sulu akan ambil kuasanya balek, tunggukan masa dan ketikanya.




TABIRATUL IHRAM




Kalimah shadarai memang ada pd telapak tangan kita. Iaitu pd telapak tangan kanan "laiallahuallah" dan ditelapak tangan kiri "Muhammdarasullah". Mengisbatkannya adalah apabila kita mengangkat takbir ratuaihram sewaktu solat, menunjukkan kita naik saksi dua kalimah shadatai itu secara mutlak setiap hari 5 kali sehari semalam. Di telapak tangan kanan itu juga zahir 18 asma Allah pd telapak kanan dan 81 asma Allah ditelapak kiri. Semua itu "diisbatkan" sekali arong diwaktu yang sama sewaktu mengkat takbir itu. Ini kena faham dan reti kerana ia akan ditanya esok dihadapan Allah rabuljalil akan perbuatan (mengangkat takbir) ini apakah tujuannya ???






2 ulasan:

Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram bukan rukun solat.

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More