This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

26 April 2011

Russia Menyesal?

Mimpi Buruk. SESUATU SEDANG MENANTI KITA PADA 2012

.

SERGEI LAVROV
Situasi yang bakal menjelma tentunya amat tidak kita gemari.  SESUATU YANG BURUK DILIHAT SEDANG DIATUR DENGAN LICIKNYA.

Russia bantah resolusi tingkat campur tangan di Libya


Dalam ulasan kepada agensi berita Interfax, Lavrov menyatakan resolusi baru berhubung konflik itu tidak dibincangkan tetapi "jika ia menjurus kepada peningkatan perang saudara menerusi kaedah tertentu, termasuk campur tangan asing, kami tidak akan menyokongnya".

MOSCOW: RUSSIA TIDAK AKAN MENYOKONG RESOLUSI BARU MAJLIS KESELAMATAN PBB KE ATAS LIBYA JIKA IA MENGGESA PENINGKATAN CAMPUR TANGAN ASING, KATA METERI LUAR, SERGEI LAVROV.

Katanya, Russia akan menyokong usaha baru PBB jika "ia menggesa penamatan segera segala keganasan, pertumpahan darah, penggunaan kekerasan dan tindakan ketenteraan serta semua puak bertelagah duduk di meja runding".

Russia berkecuali dalam undian resolusi Majlis Keselamatan PBB berhubung zon larangan terbang di Libya pada Mac lalu dan tidak menggunakan kuasa veto untuk membatalkannya, tindakan yang dipuji Barat. 

Namun, Russia sejak itu menyatakan kekesalan bahawa Barat kian ditarik masuk ke dalam konflik itu yang mungkin melarat dengan penghantaran tentera darat. - AFP







ADAKAH RUSSIA BENAR-BENAR MENYESAL? Masih lagi meragukan.


Syria pula ketika ini sedang menanti dengan debar tindakan USA terhadapnya. Ujian keimanan yang cukup getir. Sejauh mana Syria bersedia bergadai nyawa demi mempertahankan buminya dari diceroboh paksi syaitan tersebut, akan menjadi tajuk utama berita dunia sedikit hari lagi. Saddam telah mati, Muammar Gadhafi mungkin juga akan terbunuh (hasrat USA) dan selanjutnya, kita sudah boleh agak nasib Presiden Syria, Assad. Sama ada mereka meletak jawatan atau tidak, maut pasti menanti mereka dengan berbagai alasan. Pengajaran kejam dari USA dan Zionis sedunia. Mereka tidak akan terlepas dari menerima nasib seperti Saddam.

ALASAN YANG SAMA DIUTARAKAN SEBELUM LIBYA DI BAHAM NATO.

Apakah kini sudah tiba masanya Syria pula dimangsakan? Semalam (selasa). berita TV menyebut sudah ada ura-ura USA mengenakan sekatan terhadap Syria, resolusi yang serupa dengan apa yang diambil terhadap Iraq dan Libya sebelum ini. Turutan dari peristiwa ini ialah sekatan penerbangan untuk melindungi orang awam. Seterusnya serangan bertali arus sehingga negara tersebut tewas dan pemimpinnya dibunuh. 

Amat menghairankan seluruh dunia masih lagi kabur dan buta (atau buat-buat buta) terhadap penipuan USA-Israel ini (arahan THH?). Apa yang jelas seluruh pemimpin dunia kelihatan begitu dungu. amat mudah diperdaya dan ditipu. 

Sejauh mana Russia bersedia bersengketa dengan USA-Israel ini, kita tunggu dan lihat. Sekiranya resolusi berkenaan (mengenakan sekatan) tidak di VETO oleh Russia, adalah sah ia merupakan satu komplot hebat di kalangan mereka menusnahkan negara Islam. Seluruh dunia telah diperdayakan. Tetapi atas dasar apakah Russia membiarkannya (diluluskan) akan menjadi satu tandatanya.

Buat masa ini kita lihat Russia sahaja merupakan negara  kuasa veto yang mempunyai kepentingan secara lansung di Syria (Pengkalan Tentera Laut), sesuatu yang aneh jika Russia berdiam diri.  China pula sering bersikap berkecuali walaupun tahu mereka mengalami kerugian besar di Libya. Tindakan China juga amat menghairankan, adakah masih lagi menanti sesuatu petunjuk sebelum bertidak atau mereka sebenarnya gerun dan takut kepada USA dan sekutunya? 

NATO seperti yang telah terbukti dan diketahui adalah sekongkolan Zionis Israel dalam segala hal. Israel pula amat berharap Syria menjadi lemah untuk memudahkan mereka menguasai Lubnan dan seterusnya sebahagian bumi Syria juga. NATO mahu Russia segera menutup pengkalan laut dan keluar dari Syria kerana ia bakal mengancam pembinaan Israel Raya. 


Iran masih berdiam diri walau pun ia sedar sekutunya Syria sedang diancam. Mainan politik Syiah amat sukar diduga. Adakah Iran telah mula dikuasai oleh Yahudi Isfahan? Sesuatu yang memerlukan perhatian terperinci untuk mengenali percaturan negara Syiah ini. Sejak kebelakangan ini suara Iran semakin tenggelam. Ia menjadi kurang bermaya selepas serangan stuxnet yahudi ke atas sistem komputer mereka.

Tahun 2011 sudah menghampiri pertengannya. Konflik di Libya belum selesai, kini USA mengalih perhatiannya ke Syria pula. Kenapa tergesa-gesa? Adakah 2012 ada agenda penting yang menanti umat manusia seluruhnya? Kelihatan ia mempunyai kaitan dengan perancangan THH pada 2012 nanti. 


Tiga kelompok manusia di dunia yang amat dominan terhadap Islam. Negara-negara Arab, Asia Tengah yang meliputi seluruh kawasan Khorasan (Zaman Parsi) dan Asia Tenggara khususnya Malaysia, Indonesia dan Brunei. Agenda memusnahkan kekuatan Islam bermula di Asia Tengah diikuti Asia Barat dan selanjutnya mungkin Asia Tenggara pula? Malaysia dan Indonesia adalah negara Islam yang masih belum dapat diusik walaupun sekian lama mereka mengatur langkah untuk cetuskan ketidak stabilan serantau dan politik dalaman dua negara berjiran ini. 

Berbalik kepada kedudukan semasa, mampukah Russia menghalang kebiadapan USA dalam mengatur politik dunia, masih dimusykilkan. Tidak mustahil juga Russia mula mengambil langkah agresif setelah hilang sabar terhadap tindak tanduk USA dan NATO. Jika terjadi pertelingkahan secara terus antara dua kuasa ini (Russia dan USA), ia akan menarik perseteruan yang menjurus kepada perang antara kuasa-kuasa besar dunia - tidak dapat dielakkan dari terjadinya perang nuklear.

USA tetap dengan matlamatnya membuka laluan kepada Israel memperluaskan wilayahnya bukan setakat Pelestin sahaja (rujuk Protokol Zionis). INGAT.... Dajjal muncul didunia... kiasan kata ditafsirkan oleh Syeikh Imran Hossein - satu hati umpama seminggu!!!! Bilakah ia bermula? 2012?

Waktu untuk menyerang Syiria nampaknya semakin hampir, bilamana arahan dikeluarkan supaya semua rakyat USA meninggalkan negara itu. 


Kedutaan USA 

AS arah keluarga kakitangan kedutaan tinggalkan Syria


WASHINGTON: AMERIKA SYARIKAT MENGARAHKAN ANGGOTA KELUARGA KAKITANGAN KEDUTAAN DAN SEBILANGAN KAKITANGAN BUKAN KRITIKAL MENINGGALKAN SYRIA BERIKUTAN "KETIDAKTENTUAN DAN KETIDAKSTABILAN" TINDAK BALAS TERHADAP PENUNJUK PERASAAN.

Jabatan Negara mengeluarkan arahan pulang itu bersama amaran perjalanan kepada rakyat AS supaya meninggalkan Syria berikutan serangan terhadap penunjuk perasaan oleh pasukan keselamatan Syria.

“Jabatan Negara mengarahkan semua anggota keluarga kakitangan kerajaan AS yang layak serta kakitangan bukan kritikal tertentu untuk meninggalkan Syria," menurut kenyataan itu.

Kira-kira 390 orang terbunuh dalam operasi pasukan keselamatan sejak tunjuk perasaan meletus di Syria. - AFP

sumber
OBAMA Tebal Muka -  untuk Israel

Matlamat Mereka Sudah Semakin Jelas.

USA meninggalkan operasi di Libya kepada rakan-rakan mereka dalam NATO. Dalam diam-diam menumpukan perhatian merencana tindakan untuk  menjatuhkan Bashir al Assad pula. Memang licik. Tunggangan USA, NATO terus mengebom kediaman Presiden Libya dengan alasan "menjaga keselamatan oram awam"???. Nyawa bangsa Arab terus menerus dipermainkan USA dan sekutunya tanpa belas kasihan. Malangnya mereka bersorak gembira tindakan NATO tersebut. Trajedi malang bangsa Arab.

LIBYA: Pejabat Gaddafi musnah dibom


ORANG ramai berdiri di hadapan bangunan Bab Al-Aziziya milik Muammar Gaddafi yang musnah dalam 
serangan tentera udara NATO di Tripoli, Libya semalam. Pihak berkuasa Libya menyifatkan  serangan itu 
sebagai cubaan NATO untuk membunuh pemimpin  Libya tersebut.

TRIPOLI 25 April – Serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) memusnahkan pejabat pemimpin Libya, Muammar Gaddafi di kediaman rasminya di Tripoli hari ini, sementara pemberontak terus mara di bandar Misrata yang dikuasai tentera kerajaan.

Letupan kuat menggegarkan bahagian tengah Tripoli tidak lama selepas tengah malam ketika pesawat pejuang NATO merentasi ibu negara Libya ini.

Seorang pegawai Libya yang mengiringi wartawan di perkarangan kediaman Gaddafi berkata, seramai 45 orang cedera termasuk 15 cedera parah dalam serangan itu, sambil menambah kata, beliau tidak pasti sama ada terdapat mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan akibat serangan tersebut.

“Ia merupakan cubaan membunuh Kolonel Gaddafi,” tegasnya.

Anak lelaki Gaddafi, Seif Al-Islam menyifatkan pengeboman itu sebagai satu tindakan pengecut.

“Serangan pengecut ke atas pejabat Muammar Gaddafi mungkin menakutkan atau menyebabkan kanak-kanak menjadi gentar tetapi kami tidak akan meninggalkan medan perang dan kami tidak takut,” ujarnya.

Pesawat pejuang NATO Jumaat lalu telah menjadikan daerah Bab Al-Aziziya sebagai sasaran, yang menempatkan kawasan kediaman Presiden.

Pada kira-kira pukul 3 pagi (9 pagi waktu Malaysia), kepulan asap kelihatan dari atas beberapa buah bangunan yang terkena serangan.

Sebuah bilik mesyuarat mengadap pejabat Gaddafi musnah teruk akibat serangan itu.

Di Misrata, 251 kilometer ke timur Tripoli, pemberontak Libya menguasai sebatang jalan utama di bandar itu, yang kini dihujani dengan serangan roket dan tembakan senapang sejak 50 hari lalu.

Timbalan Menteri Luar Libya, Khaled Kaim berkata, tentera kerajaan telah menggantung operasi terhadap pemberontak di Misrata, tetapi masih mengawal bandar itu bagi membolehkan kabilah tempatan menyelesaikan pertempuran secara aman dan bukan melalui ketenteraan.

Namun, jurucakap pemberontak, Kolonel Omar Bani daripada Majlis Peralihan Kebangsaan (TNC) berkata, Gaddafi menggunakan taktik kotor bagi memecah-belahkan pemberontak.

Bandar itu mengalami korban tertinggi dalam tempoh 65 hari bertempur pada Sabtu lalu, apabila 28 orang terbunuh dan 100 cedera berbanding purata 11 terbunuh setiap hari, demikian menurut seorang doktor, Khalid Abu Falra dari sebuah klinik swasta utama di Misrata.

Sebuah kapal bantuan menghantar 160 tan makanan dan ubat-ubatan ke Misrata pada Sabtu lalu dan memindahkan kira-kira 1,000 pekerja asing dan penduduk yang cedera ke Benghazi.

Bantuan itu yang merupakan yang keempat berjaya memindahkan 4,100 orang pekerja asing dari 21 negara yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Antarabangsa bagi Pemindahan dari Misrata sejak program kemanusiaan dilancarkan pada 14 April lalu. – AFP

23 April 2011

KOMEN SIRAH KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT 2,3,4


7 comments:


din kuantan said...

salam buat tok zamany sebenarnya sudah lama saya merasai sangsi dgn dunia zaman sekarang. keterangan tok tepat sekali tentang 'dunia yg bersyarat' sekarang ini. soalan saya : 1. perbankan islam tu halal ke ? krn bagi saya istilah konvensional bertukar bentuk je kepada istilah islam untuk mengelirukan org ramai. contoh : pinjaman secara islam mengenakan interest juga. dlm Islam sepatutnya pinjam rm 100 kena bayar rm 100. 2. upah simpan Ar Rahnu tu riba juga ke tok ? 3. apa pendapat tok tentang bismillah 5,6,9,20 ? 4. sejak saya berhubung dgn tok, saya seperti diganggu spt kepala kusut dan komputer tertutup sendiri/offline terutama bila ke blog tok. ada benda tak suka dgn tok kot. 5. bagaimana jika saya mengetahui yang bapa saya dan mertua memakai ' benda '. usia mereka sudah tua dan sedang sakit. saya risaukan mereka akan pindah 'benda' kepada anak anak.

August 15, 2010 8:29 AM


muhamad_280809 said...

salam atok zamany... boleh atok terangkan dengan lebih terperinci dan jelas berkenaan dengan ibnu taimiyyah... 1.beliau dikatakan pernah mengarang kitab bab-bab aqidah yang mana beliau ada menyatakan berkenaan dengan sifat2 Allah yang jelas bertentangan dengan aqidah ahli sunnah wal jamaah...kawan saya telah menunjukkan kitab itu sebagai bukti di depan saya sendiri..Apa komen atok??? 2.bila beliau mengarang kitab2 yang banyak digunakan pada hari ini ? adakah setelah beliau bertaubat atau sebelum ??? 3. Kawan saya dan sheikhnya pula mengatakan beliau hanya berpura-pura bertaubat dengan menjunjung kitab aqidah Al-Asyariah d hadapan ribuan umat islamm ketika itu hanya untuk melepaskan diri daripada hukuman bunuh.. Betul ker ??? 4. boleh atok bagitau kitab2 para ulama' muktabar yang telah membersihkan nama ibnu taimiyyah ini dan siapa pengarangnya... 5. Apa pula pandangan tok berkenaan dengan Sheikh Abdullah Harari yang amat popular kini dalam menentang fahaman wahabi dan sangat tegas dalam aqidah ahli sunnah wal jamaah. Beliau turut mengkafirkan ibnu taimiyyah ini. 6. Atok kenal tak habib Umar. Beliau seorang ulama' yang amat boleh dipercayai kini dan amat saya sanjung. Beliau dikatakan seperguruan dengan sheikh abdullah harari ? Ada tak fatwa yang dikeluarkan beliau yang mengatakan Ibnu Taimiyyah ini sesat ? 7. Ni cu nak kepastian, tok pernah belajar di pondok tok kenali kan ? 8. Boleh tak tok bagitau kat cu nie, tempat2 pondok pengajian ilmu agm yang atok pernah belajar...

August 15, 2010 3:08 PM


muhamad_280809 said...

last...cu nak mintak maaf kalau cu terlalu banyak bertanya....cu hanya inginkan jalan yang betul dalam perjuangan dan aqidah... ehhhh...terlupa pulak satu soalan.. adakah perkara ini boleh menjejaskan aqidah cu dalam ahli sunnah wal jamaah ??? sekian...salam dihulur, maaf dipinta...

August 15, 2010 3:18 PM


zamany said...

salam din kuantan, 1) Perbank Islam memang banyak istilah yg telah ditukar kepada istilah islam. masaalahnya perlaksanaannya kurang tertib mengikut syarak. Ia bersandarkan "Lafas Akad" yg benar mengikut syarak tetapi mungkin hanya gimik saja. Inilah masaalahnya, tiada pengkhususan dari pihak JAKIM dan Kabinet garis panduan kusus yg harus diikuti oleh semua bank tersebut. Masaalahnya masyarakat tak faham, dan mungkin hanya diperangkap oleh bank bagi tujuan perniagaan. Soal pinjaman yg berbunga ni masaalah paling berat, tetapi dipusing dengan istilah bayaran perhidmatan dll. 2)Istilah upah simpan tu...ok. Tapi pelaburan tampa tengok barang tu tak ok ?. Ia tidak jelas, suatu perniagaan itu harus jelas untungnya, ruginya dan benda yg kita bayar tu mesti kita lihat dan pegang. Baru lafas akad dibuat. Dia kutip deposit duit org ramai tampa tahu bentuk pelaburan yg dia buat, jika sport gold... ia haram, sama seperti tikam nombor ekor ! fature market tu apa maksudnya ??? 3) Amalan tu bagus, cuma sanatnya kena betul atau punca ilmu. Cucu harus tahu dari mana asal wirid tu. Mengamal bismilah nampak mudah, tapi tidak semudah bagai dikata... ia susah kalau tak berguru. Satu lagi kena tahu tujuan amalan tu, jika semata-mata kerana Allah..ok lah. Tapi kalau kerana nakkan sesuatu, ia jadi salah. 4)Bukan cucu saja yg punya masaalah tu, ramai lagi. Klu atok buka email, hari2 org komplin, minta tlg jin kacau. Berpuluh2 jumlahnya, sampai tak terjawab ? Blog "berhantu" memang begitu. Bukan atok yg berhantu, tapi hantu yg kacau kamu. 5)Kalau tahu mereka bersaka tetapi mereka dah tua, tak boleh buat apa2. Biarkan saja... mohon Allah tolong mereka saja. Tapi kena jaga kamu dan keluarga kamu. Esok lepas mereka mati, saka akan datang pd kamu atau keluarga kamu. suka atau tak suka ia tetap kacau. Cepat jumpa Tok Mat jangut minta tolong... jaga diri dan keluarga kamu dulu. sekian zamany.

August 15, 2010 11:35 PM


zamany said...

Salam muhamad 280809, Jika masaalah Ibnu Taimiyah ini cucu tak faham, mudah saja. Cari jalan tengah... yg bertelagah tu ulama dgn ulama. kita org biasa ni jgn ikut campur. biarkan mereka. Cari jalan yg lain, banyak imam ASWJ yang lain boleh cucu ikut. Kalau baca kitab dia tu susah sikit, sebab kena tahu bila. Dia banyak tulis kitab sebelum dan selepas. itu yg cucu jadi bingung. Kan atok dah kata, terlampau banyak fitnah pasal dia ni. Semua banyak tunjuk bukti itu ini, kamu tahu Roh dia dimana sekarang ??? jangan buat dosa kering kalau tak tahu atau kamu terikut2 mereka yang tak tahu tu sekali ??? dia dah tentu tempatnya sedangkan kamu terkial2 baru nak belajar. Jadi jika mendatangkan syak dan ragu, lebih baik jangan teruskan... ketepikan dia dari senarai, ikut apa yg dah anda pegang dan yakin. Atok menkaji tentang ibnu Taimiyyah 20 tahun lalu, atok dah tak berapa ingat semuanya. Tapi guru atok kata kita jangan turut mengkafirkan org. Buruk padahnya, lagipun dia dah meninggal dunia. Wanabi memang memecahbelah umah... Tentang Ulama-ulama aswj... atok lebih suka tidak memihak kepada sesiapa. Semuanya bagus dan ada hujah masing2. Atok baca kitab2 dia org tetapi tidak taksub mana2, sebab atok bukan menkaji fiq dalam2, atok lebih kepada Usul, akhlak dan tarikat. Ia amat jauh dari apa yg cucu tanya. Minta maaf atok tak dapat jawab soalan cucu semua, cucu teliti tulisan atok betul2, sebab atok lari dari semua masaalah fitnah, baik fitnah jin mahupun manusia... waalauha'lam. sekian atok zamany.

August 16, 2010 12:1



5 comments:


jmazli said...

salam wak.... peringatan yg paling baik pernah saya baca di bulan ramadhan ini. terima kasih banyak.

August 16, 2010 6:57 AM


din,kuantan said...

salam buat tok zamany saja nak berkongsi cerita. saya pernah bekerja dgn arwah dato rahim bakar ( bekas mb pahang )selama setahun. beliau terkenal dengan gelaran ' jebat pahang' kerana tidak tunduk kepada kerenah istana. beliau pernah katakan kepada saya ' jika fundamental bertembung antara rakyat dan raja, beliau akan mendahulukan rakyat'. kerana itu tempoh beliau sebagai mb pahang dipendekkan. beliau sangat berprinsip dan anti politik wang. beliau telah kembali ke rahmahtullah pada syawal tahun lepas. beliau meninggal semasa hendak berbuka puasa enam dalam keadaan berwuduk dan pada malam jumaat dan dalam keadaan sedang duduk ( isteri dan anak beliau yg berada disitu pun tak perasan ). saya melawat kubur beliau beberapa hari kemudian dan kubur masih lagi berbau wangi. ya Allah, kau cucurikanlah rahmat keatas roh beliau dan ampunkanlah dosa beliau.

August 16, 2010 3:37 PM


din, kuantan said...

bersambung semasa saya masih kanak - kanak, saya telah dibawa oleh orang tua ke pengkebumian saudara saya. semasa bacaan talkin dimulakan saya telah terdengar suara berkata ' aku dimana ni ! tolong... '. Peliknya saya sorang je yang dengar.

August 16, 2010 3:45 PM


zamany said...

Salam din kuantan... Nampaknya kita berkongsi cerita berkenaan Dato' Rahim Bakar secara kebetulan. Pada hari jumaat itu atok sembahyang di Misjid Al Rahimah Kg Pandan KL betul2 berhadapan mayatnya. Mula2 atok tak tahu siapa, lepas habis solat Jumaat, mayat tu dibawa masuk keruang hadapan dekat membar. Atok ikut dan dapat bersama2 jemaah disitu solat sunat Mayat. Sebelum Solat sunat tu, Imam sebut nama dia, ramai org kerajaan datang termasuk Pengarah JAKIM. Yang peliknya macam nama atok boleh sampai disitu ??? Atok tak pernah kenal dia ??? Atok tak tahu siapa dia??? Pd waktu itu atok pun puasa sunat shawal juga... Ini semua kuasa Allah ya. Allah redha pada org yg berperinsip dan tegas pada hukum syarak. Imam tu cerita pd atok berkenaan beliau kerana dia amat kenal Dato'. Dia salah seorang jemaah yg tidak pernah tinggal solat jemaah Zohor dan asar di Misjid itu. Dia tinggal di Jln U Than Ampang. Kawasan orang kenamaan dan kaya di kl tu. Ia boleh dijadikan contoh seorang pemimpin yg mendapat redha dan magfirah Allh...




din kuantan said...




salam buat tok zamany

sesungguhnya Allah maha pengasih dan penyayang.
diuji kita untuk meleburkan dosa dosa kita di dunia.artikel ni betul betul membuka fikiran saya agar sentiasa bersangka baik terhadap Allah.

boleh tok ceritakan mengapa kita berterawih 20 rakaat dan berselawat diantaranya. kerana saya menerima e mel dari kawan saya, penerangan dari ustaz asri ( bekas mufti perlis )tentang perkara ini. beliau tidak setuju dgn perkara ini sbb tu saya nak dgr jawapan dari tok.

apa kelebihan mencium hajar Aswad dari segi syariat dan hakikat ? saya lihat bangsa lain bersungguh tapi org melayu macam tak heran je.





zamany said...





Salam Din kuantan dan semua..

Ikut pendapat atok... tak payah buat selawat banyak2 mcm tu. Ia tak perlu, mungkin adat di malaysia ni begitu kot. Klu di Indon ia ringkas saja.Nak elak imam laju sangat kejar rekaat bagi habis cepat, makmum tertinggal tak dapat ikut. Itulah punca depa buat banyak bacaan selawat, tasbih dan doa. Supaya boleh ambil nafas sikit. Tapi taklah sampai bidaah dan haram... ia sunat juga. Kan dianjur buat banyak sunat malam bulan ramadhan, untuk mengejar magfirah dan barokah ?

Cuma rekaat sampai 20 tu rasanya org tua2 tak berapa larat, lainlah dia dah biasa banyak solat sunat. Nak menghidupkan malam lebih baik buat seorang2 kat rumah, tidur dulu awal sikit kemudian bangkit 1/3 mlm dan buatlah solat sunat semua sampai syahur. Macam tu tak ada siapa nak marah ?

Mencium hajaral aswad tu sunat saja. Tapi klu dapat sangat baik, sebab bau tu bau yang sama lekat di pintu syurga tempat semua roh keluar dulu . Jika buat haji, walaupun sunat. ia sangat dituntut mengikut mazhab2 lain.. Roh kita dapat menghimbau kembali tempat ia keluar dulu, klu dpt masuk alam roh la. Kalau tak hanya buat lahiriahnya saja, pun dapat pahla. Cuma banyak org belajar hakikat membuat tafsiran yg agak ganjil dan pelek, ia agak lucah sedikit. Ini tidak benar sama sekali. Anda jgn ikut hujahan mereka, ia sangat jauh dari hakikat batu itu sendiri. Banyak sebab ia diturunkan kebumi. Ia juga makhluk macam kita dan akan pulang ketempatnya satu masa nanti. Begitu mengikut pandangan kebanyakkan ulama.

Waallahua'lam...

atok zamany





din said...





salam buat tok zamany

sebenarnya malu saya nak bertanya kerana asyik saya je yang tanya. saya rasa mesti ada sesuatu yang mengganggu orang lain tak ,tok.

1. boleh tok terangkan berkenaan syahid kecil spt mati lemas, mati bencana dll.

2. adakah mereka yang mendapat syahid kecil terus ke syurga walaupun kafir.

3. boleh tok bagi panduan cara cara untuk mendapatkan lailatul qadar.

4. tok rasa raja raja melayu ada peranan tak di akhir zaman.

5. daulat dalam islam termasuk dalam kategori mana ? karamah , jin @ pendamping , anugerah allah kepada raja





Anonymous said...



Salam Tok Zamany,
Sy peminat blog atuk ni dan org baru disini.

Salam perkenalan untuk atuk. Ada banyak persoalan biasa2 tuk atuk tp nanti sajalah. Sila tunjuk ajar sy yang jahil ni.

-haly-





zamany said...



Salam din kuantan dan semua,

1) Berkenaan dgn syahid kecil, ia adalah ketogeri mati yang baik. Ia atas ketenuan Allah juga, bukan semua blh dikira mati syahid kecil. Umpamanya org yg mati lemas kerana berkelah tak sama dengan org yg mati lemas akibat banjir. Begitu juga dgn mati akibat bersalin. Semua ada ketogeri yg Allah sendiri tentukan. Tetapi jika mati kerana menuntut ilmu Allah, ia memang jelas. Cuma kena niat dari awal "mencari ilmu kerana Allah" dan pohon jika mati dlm lingkungan itu, mati didlm ketentuan syahid. Mati kena bincana alam juga dlm syahid kecil,jika org itu didalam kedudukan shadataai yg benar dan ada amalan. Bukan org kafir atau org belajar ilmu sesat.

2)Kedudukan syahid kecil tak sama dgn syahid besar. Hanya syahid besar saja yg terus masuk syurga. Syahid kecil tidak, ia masih diletak disuatu tempat dialam barzah untuk menunggu hari kiamat. Bila Nabi saw istihar, baru mereka dibenar masuk syurga. Peranan Nabi amat besar disini, maka kena banyak selawat. Itu sebab disaran utk banyak selawat pd nabi.

3)Utk mendapat lailatul kadar bukan pekara mudah. Cakap memang senang, tapi ketentuan Allah tidak ikut cakap manusia. Manusia spt tok-tok guru hanya boleh bagi kafiat atau aturcaranya, tapi belum tentu semua yg buat boleh dapat. Yg paling utama ialah wasilah dan rabitah kena betul dulu. Sudah itu baru peringkat demi peringkat akan beransur diperturun kafiat itu. Jadi kena jumpa tok mat janggut dulu la. Tampa dia, atok tak dapat tulis kafiat itu disini. sebab dia yg bagi kafiat tu dulu pada atok dan memang berhasil. Malah lebih dari sepatutnya yg atok dapat. Atok bukan buat cerita, kalau tak percaya cuba sendiri nanti. Satu yg atok bagi tahu, kafiat tu bermula dari bulan rejab, shaban dan ramadhan...selamat mencuba.

4)Pd akhir zaman nanti, raja2 tiada fungsi lagi. Yg ambil aleh ialah semua Waliallah, Nabi dan Rasul. Perang akhir zaman adalah peperangan zahir dan batin. Bukan kuasa dunia lagi. Ia lebih dari itu. Disebelah kafir dibantu oleh pihak Jin, syaitan, afrit, Iblis, dajal dan Izazil. Manusia biasa tak mampu lawan kuasa sakti mereka. Jadi ulam mereka saja. Hanya org tertentu dan terpilih saja (termasuk Imam Mahadi) yg akan duduk sebaris dgn Waliallah, nabi dan Rasul dlm perang akhir zaman itu, bantuan khas dari para Malaikat dan Rijal ghaib. Jadi kedudukan kita kena didalam "Wilayah Selamat" kalau nak selamat. Kalau tak, jadi ulam Izazil dan kuncu2nya.

5) Daulat tu nama seekor Jin Kafir, Siapa yg bersama daulat itu mati sesat. Org mati sesat macam mana nak jadi keramat. Keromah adalah bantuan Allah kepada Waliallah. Manakala Mukjizat adalah untuk Rasul2 dan Nabi2. Tak ada kena mengena dengan Raja dunia ni.Jangan silap fakta, daulat bukan dari Islam. Ia jauh dari Islam. Atok minta din baca semula atikal atok dari awal. Semua atok dah tulis dlm rencana ni. Semua yg din katakan tu jauh dari Islam. Islam larang dampingan, menurun, berjin, bersahabat, berkhadam, berdaulat baik dari jin islam mahupun jin kafir. ia sama ketegori. Dalam syarak hukumnya Haram hidup berserta JIN.

Waallahua'lam...

atok zamany.





zamany said...



Salam kpd haly..

Atok alu-alukan kehadiran cucu, selamat datang kedunia baru pemikiran islam. Sama-sama bertukar fikiran disini. Tk sebab membaca..

atok zamany





PANCABAIDURI said...



ASSALAMUALAIKUM TOK..

citer pasal mati ni teringat arwah atok saya. arwah pernah mengaji pondok di kelantan tapi xtaula pondok mana. setiap tahun arwah akan bagitau anak cucu waktu lailatul qadar. boleh dikatakan setiap tahun arwah dapat jumpa lailatul qadar sebab tiap malam solat tahajud xpernah tinggal. arwah juga puasa rejab syaban dan ramadan setiap tahun.

arwah ada pesan suruh buat amalan 70,000 surah al iklas dan sedekah pahala pada mak bapak. diakhirat nanti kita akan diiktiraf sebagai anak yg soleh. boleh bagi komen..

arwah juga ajar zikir nafas. Allah Hu.. tarik nafas Allah lepas nafas Hu. tapi ada orang kata tarik nafas Hu lepas nafas Allah. sama ke tok..





zamany said...



Salam pancabaiduri dan semua..

Ya.. memang benar begitu. Salah satu pekara yg perlu dibuat ialah solat sunat 3 serangkai. Iaitu solat sunat Taubat, solat sunat hajat dan solat sunat tahajud. Termasuk juga puasa sunat bulan rejab dan saaban. Kiranya atok kpd cucu tu antara orang soleh dan ada darjat. Sebabnya, antara tanda org ada darjat solehin ialah mendapat lailatul kadar setiap tahun atau selalu dapat lailatul kadar. Allah buka pintu langit pada dia. Lailatul kadar ibarat "pingat kebesaran Allah" yg tidak akan ditarek balek jika sudah dapat. Itu sebab org ahli ibadah nak sangat dapat lailatul kadar dan mereka usha sungguh2 setiap tahun...sampai dapat. Semua umat islam diberi peluang ini semasa hidup mereka, jadi jangan lepaskan peluang keemasan itu. Ganjaran tersangat besar menunggu baik didunia dan akhirat. Hidup mendapat berokah selamanya.

Nak buat 70 ribu surah ikhlas dan bagi pahla bacaan pd org tua tu memang baik, tapi dengan syarat buat dulu untuk diri sendiri, paling kurang 1 juta, baru buat untuk mereka. Ini keadah org2 ahli abadah dulu2 dan masih banyak yg rajin buat sehingga kehari ini. Ia akan memberikan cahaya kepada kuburan mereka yang sangat terang dan luas, subahanallah... tak tahu atok nak gambarkan dan sudah pasti cucu dapat ganjaran yang sama.

Zikir nafas ni latihan peringkat awal untuk bagi hidup hati. Dalam tarikat nasaybandiah dipanggil makam hati. Kena tahu nak letakkan dimana, bukan sembarangan. Lahiriah memang tarek nafas dan hembus dan ia memang sama saja. Tapi batinnya tu yang penting. Ia ada pengajiannya...contohnya nafas tu apa ? angin tu apa ? nyawa tu apa ? jantung tu apa ? hati tu apa ? kalbu tu apa ? sebab dalam nafas tu banyak pelajarannya, maksudnya ialah kena kenal dulu, baru buat. Atok cucu tu ajar tak habis...mungkin juga nak suruh cucu cari punca ilmu tu ??? Ia ibarat memberi parang tapi tak bagi tahu apa gunanya. Maka cuculah yg kena cari tujuan parang tu diberi pada cucu ??? faham tak. Orang2 dulu ni memang mcm tu, dia suruh kita banyak fikir ??? Yang dia beri tu sebenarnya persoalan yg kena dijawab bukannya Ilmu pernafasan. Hati kena hidup baru betul2 kita jadi manusia yg "hidup" zahir dan batin....

Waallahua'lam...

Atok zamany.





din said...



salam buat tok zamany

baru baru ini pejabat isteri saya ingin mengadakan makan malam di satu restoran yang agak terkemuka. kebanyakan pekerja adalah berbangsa cina. jadi, pekerja melayu telah menelefon jakim untuk tahu status halal restoran tersebut dan jakim mengatakan restoran tersebut tiada status halal. apa yang tidak sedap didengar adalah herdikan boss mereka yang berbangsa cina kepada pekerja melayu. bunyinya begini " Sultan pun makan disitu dan minum ( arak )dan dia tu ketua agama so kenapa you all tak nak pegi ". pekerja melayu pun menjadi malu.

banyak kes berlaku dimana sultan dan kerabat mereka dengan secara terbuka minum arak didepan khalayak. meraka seperti tidak menghargai status mereka ketua agama dan memalukan orang islam je.





Anonymous said...



Salam kembali tok.
TQ sebab respon kepada komen sy.

Dari pembacaan sy, tok ade menyarankan agar menghubungi Ust. Mat Janggut untuk baiah dan belajar tarikat.

Bagaimana cara baiah dilakukan dan sekembali ke tempat asal, ape perlu dilakukan?

Adakah baiah bermaksud blaja tarikat beserta silat Abjad?

Tok, boleh tuk terangkan apakah tarikat yang diamalkan oleh Ust, Mat Janggut? Adakah Alawiyah?

Siapa wakil Ust. Mat Janggut di Kuala Selangor?

Setakat ini dulu.

-haly-





zamany said...



Salam semua,

kpd din kuantan..

Astifurallahalazim... jika benar bagai dikata, maka akan hancur musnah keturunan mereka. Bermuka2 dengan tingkah laku syaitan sebenarnya ia telah zalim pada dirinya sendiri. Yang menjadi masaalah ialah kalau ia buat kerana diri dia sendiri, itu sukahati dialah. Dia tu penaung agama, maknanya yg akan tercalar ialah kesucian agama islam sendiri. Yang malu umat islam semua. Harapkan pagar, pagar makan padi. Dari dulu lagi mereka ni begini. Sampai beberapa keturunan pun tak mahu berubah. Tak mahu dengar nasihat, angap remeh hukum syarak dan suka bertindak mengikut fikirannya sendiri. Nak tunggu sampai bila ??? Nak tunggu malaikat maut depan biji mata baru nak berubah ??? Orang ramai sebenarnya boleh melaporkan kepada jabatan agama Islam negeri untuk diambil tindakan. Paling tidak pun kena bagi nasihat, jangan dibiar.

kepada haly...

Baiaah dengan ust mat janggut tu mudah je. Iaitu ambil talqin (shadatai) balek seperti asal. Jadi kenalah jumpa dia sendiri. Kena melalui tangan ke tangan.

ABJAD tu bukan macam tarikat dipondok2 yang biasa kita dengar. Ia tidak seperti itu. Kita bukan memondok. Tapi kita merangkumkan semua peringkat ilmu, wirid, tahlil, bacaan, doa dll disatukan duduk dibawah satu shadatai. Maka semua ibadah dan kerjabuat akan duduk dengan kemas dan ada walinya. Ia seperti asal banagimana Rasulullah mengembangkan ajaran islam dahulu, sama tak ada perubahan. Kemudian itu asalkan rajin bertanya, akan bertambahlah ilmu tu. Kalau duduk diam saja pun tak kemana juga.

Berkenaan silat tu terpulang atas minat. Jika kita berminat boleh belajar. Tapi kalau kita tak minat, tak payah ambil. Ambil yang lain2 cabang...ada banyak punca ilmu.

Ust mat tidak menamakan tarikat itu dengan nama tarikat pun. Tiada apa2 nama kerana ia sama sama sekali seperti nama asal dulu zaman Rasulullah. Jadi nama asalnya iaitu "ISLAM". ABJAD hanya nama diberi untuk tubuh pesatuan ngo. bila nak daftar ke ROS kena ada nama. Jadi mereka guna nama itu utk daftar, maka lekat sampai hari ini.

Atok tak tahu wakil di kuala selangor tu, mungkin ada. Tapi cuba tanya dgn ust sendiri 013 4500007 tanyakan jika ada wakilnya disana.

Waallahua'lam,

atok zamany





din said...



salam buat tok zamany

nak report kat jabatan agama islam negeri macamana tok, duit jabatan agama pun kena kebas bayar hutang judi. semua orang dah tahu perkara ni.

terima atas soalan dari Haly. sekarang baru saya faham berkenaan Baiah dgn Ustaz Mat janggut. sebenar memang saya dah berniat nak berbaiah dgn ustaz mat tetapi masa dan kewangan belum mengizinkan, insyaallah bila ada kelapangan saya akan pergi secepat mungkin.

tok, boleh ceritakan suasana semasa lailatur qadar dan bagaimana nak amalkan ayat seribu dinar ? ada orang kata ayat seribu dinar ni akarnya dan ada ayat pucuknya, apa ayat pucuknya.





krulayar said...



'KIAMAT DAN KEADAANNYA'

http://www.scribd.com/doc/36025155/Surat-Kepada-Yang-DiPertuan-Agong-Dan-Mufti-Mufti





zamany said...



salam din kuantan,

Kalau dah begitu sekali "kuasa" yg tiada siapa nak tentang, maka tunggu saja azab Allah akan hadir. Tiada Kuasa yang tertinggi didunia ini selain kuasa Allah yang Mahaberkuasa.

Malam lailatul kadar merupakan malam yg sangat istimewa bagi manusia yg berjaya duduk didalam nya. Suasana dan keadaannya tidak sama seperti yg kamu nampak dimaya pada ini. Tiada dapat digambarkan dengan perkataan, hanya yg dah merasanya sahaja yg tahu nikmat kurniaan Allah teragung itu. Malang sekali atok tidak dapat menceritakannya kerana ia adalah rahsia antara atok dan Allah. Maaf beribu kali maaf, walau dibayar berjuta ringgit pun. Atok tak akan cerita. Kalau nak tahu... kena dapatkan sendiri, ok.

Ayat seribu dinar. Bagaimana ayat ini boleh menjadi ayat seribu dinar. Mengikut cerita, ia adalah ayat yg diajarkan oleh jin laut kepada seorang pedagang untuk mendapat laba yg banyak dlm perniagaan. Pengerasnya ialah wang 1000 dinar. Sudah dibayar maka ia pun dapat ayat itu. dan bila diamalkan ternyata berhasil. Saudagar itu jadi kaya raya. itu serba sedikit latarbelakang ayat ini.

Mari kita lihat, pertama. siapa yg ajar ayat ini ? ialah seekor jin. Kedua pengerasnya 1000 dinar ketiga amalan ayatnya. ketiga2 pekara ini telah melangar Syarak. Kamu dilarang belajar dengan jin atau bersekutu dgn nya. Pengeras itu bermaksud persetujuan menjadikan diri menjadi hambanya. Dan apabila beramal kamu berserta dgnnya. Jadi buat apa nak amal ayat ini,kalau bertujuan sebagai pelaris. Dengan tujuan utama nak beramal dah jadi pekara syirik pula ??? ayat lainkan banyak contohnya surah al Wakiah, al duha, alam nasrah semua itu ayat utk keluar dari kesukaran rezeki, hutang dan kesukaran hidup. Kan atok dah pesan, kalau nak beramal apa2 sekali pun kena tahu asal usulnya guru yang perturun ilmu itu, guru itu mesti berwisilah dan rabitah baru diiktiraf.

Satu lagi, atok disini cuma sebagai penulis sahaja sedangkan ilmu adalah milik guru. Justru atok tidak boleh tulis kafiat ilmu. Kafiat ilmu dan amal kena dapatkan guru hidup yg berada didepan cucu sendiri untuk diperturunkan pd cucu...ok.

Diharap cucu mengerti..

sekian
atok zamany.





Anonymous said...



Salam Tok,
saya ade membuat pembacaan sedikit latar blakang Abjad dan taula sy nama asal ilmu ni iaitu Amalan Pusaka Wali Khalifah Agama Islam sebelum ditukar kpd Abjad. Ada sedikit kaitan dgn tarikat Ahmadiah.

Tq dgn penerangan tok. Mudah rupanya nak berbaiah dgn Ust. Mat Janggut ni.

Boleh tok terangkan ape maksudnya shahadah tak betul? dan ape kesannye pada seseorang itu?

Bagaimana cara belajar yg betul jika berguru? Maksud sy, adakah sy perlu buang suma ilmu yg pnh sy dpt sblm ini dan bermula dgn kosong?

Sekian dulu tok. Terima kasih.

-haly-





alihanafiah76@gmail.com said...



Asalamualaikum

Minat saya terhadap bidang 'luar biasa' ini bermula setelah menonton filem The Arrivals. Sejak itu saya mendalami apa itu Illuminati dan perancangan mereka. Mula-mula saya berjumpa dengan blog Mistis Files, dan dari situlah mula meneroka blog-blog yang seumpamanya termasuk blog saudara Zamani ini.

Harapan saya agar kita semua ini dapat dipertemukan supaya boleh bersua muka, malah boleh menuntut sekiranya diizinkan.

Kalau tidak menjadi keberatan, saya ingin minta email saudara Zamani supaya hubungan dan komunikasi boleh dieratkan lagi.





zamany said...



Salam semua...

kepada din kuantan,

Ya.. memang benar, begitulah ABJAD tu. Sudah ada juga maklumat yg cucu dapat berkenaannya. Berkenaan tarikat Ahmadiah tu, mungkin boleh juga dikatakan begitu kerana memang ramai juga murid tua2nya yg dari pengajian Tarikat Ahmadiah, malah ada dua tiga pekara yg digunapakai didalam Abjad tu.

Bukan sahadah tak betul, ia sama saja seperti biasa iaitu 2 kalimah sahadah. Cuma yang berwali dan kosong. Shadah yg ada wasilah dan rabitah sahaja yg mendapat pengiktirafan dari Rasulullah bahawa kita menjadi anakmurid,jika kita tak tahu adanya pekara seperti ini.. malamg sungguh nasib. kenapa Allah turunkan Rasul, untuk memberi petunjuk, Petunjuk apa ? petunjuk menjadi makhluk Allah yg taat ? macam mana? kenalah ambil dari tangan dia ? apa nak ambil ? 2 kalimah shadatai ? kenapa kalimah tu? sebab nak jadi mukmin umat muhammad.

Bayangkan orang dari seluruh pelusuk dunia yg tahu pentingnya pekara ni, terpaksa bersusah payah datang kemari kemudian merantau berbulan2 pula untuk jumpa Tok Mat hanya semata2 nak ambil 2 patah kalimah keramat tu ? kenapa ? Sebab ia sangat penting dan sulit ?

Orang yg mengucap kosong, ibarat tanam padi tumbuhnya lalang. Ibadahnya tak berpunca, melayang2 tak bertempat, Kata guru atok "ia ibarat jika seeorang beramal dan amalan dia jika ditimbang bersamaan berat dunia dan seisinya. Dihadrat Allah swt esok hanya kosong sebab tiada talian dan kaitan dengan Nabi saw. juga dipanggil tiada wali" Jadi bagaimana ? hendak ke tergolong didalam keadaan itu ?

Tak perlu buang, yg ada kita rangkumkan sekali didalam satu, kita masukkan semua disini. TAPI ilmu yg betul la. Yg tak betul akan disedut keluar dgn sendirinya atau kita buang. Yg berjin tak diiktiraf.

kepada alihanafiah,

email atok ada diatas.. zaman5619@gmail.com.
Kalau nak jumpa tu atok terpaksa tolak, sebab atok dah janji hanya keluar sebagai penulis blog saja, bukan guru sebab atok ni pun anak murid saja. Nak berguru sila jumpa pakarnya.. ust mat janggut selama perak tel 013 4500007. dia guru atok juga. Jadi sila tel dia, semua ilmu ada... ilmu ghaib, ilmu terbang, ilmu apong, ilmu perang tempur dll, banyak sangat sampai tak tahu mana nak buat dulu. Silalah kemari...

sekian
atok zamany





Anonymous said...



Salam Tok,

Mengenai 2 kalimah syahadah yg kosong  berwali tu... mcm mana klu smpai akhir hayat seseorang muslim tu tak pernah tahu pun yang syahadah tu perlu 'berwali'?
Saya yang jahil ni baru tahu perkara ni... saya sangka cukup dengan mengucapkan "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah" sahaja...

Harap tok dapat beri pencerahan...

Sekian,T.K.

-AM-

SIRAH - KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT.



 BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.

Sirah ini adalah hasil nukilan dari Imam al Qurthubi Andalusia atau nama penuh beliau ialah Imam Muhammad bin Ahmad bin Bakar bin Fara' al Anshari al Khazraji al Qurthubi al Andalusia, seorang Imam yang sangat alim dalam bab Tafsir yang dipetik dari kitab beliau yang betajuk "Al Taskirat bi Awali al Mauta wal Umur al Akhirat" diterjemah kebahasa Malaysia. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada beliau dan seluruh keluarga beliau. Selawat serta salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhhamad saw, keluarganya, para sahabat-sahabatnya dan kepada seluruh para guru-guru yang berwasilah daripadanya hingga sekarang.

Ia diberinama SIRAH kerana Imam al Qurthubi seolah-olah bercerita kepada kita dan dibuat dalam tajuk-tajuk khas iaitu Fasal A adalah tentang Kematian , Fasal B pula tentang Alam Akhirat dab Fasal C berkenaan Kiamat bagi memudahkan kita untuk mengingatinya kerana ia sangat panjang (hampir 1000 ms dalam lebih dari 300 bab). Kemudian beliau mengolah semua cerita ini melalui kupasan dari ayat-ayat al Quran, Hadis-hadis Nabi, Ijmak para Ulama dan juga cerita-cerita orang abadi lagi alim dahulu yang disusun dengan baik sekali menjadikan sebuah naskah kitab rujukan diseluruh dunia Islam sekarang ini. Mungkin juga akan dipendekkan sedikit dimana yang perlu dalam keluaran disini. Semoga pembaca semua sudi dan sabar membacanya hingga akhir nanti.

FASAL A - KEMATIAN.

BAB 1 - INGAT MATI DAN BERSIAP SEDIA MENYAMBUTNYA.

Dari riwayat an-Nasa'i ra dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Selalulah bagimu mengingati akan sesuatu yang melenyapkan nikmat-nikmat " iaitu Kematian. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan at Tarmidzi. Kemudian dari riwayat al Hafizh Abu Naaim dengan sanat yang jelas Malik bin Anas, dari Yahya bin Sa'id, dari Sa'id ibnu Musayyaib dari Umar ibnu Khathaab, ia mendengar Rasulullah bersabda "Selalu selalulah kamu ingat akan sesuatu yang dapat melenyapkan nikmat-nikmat"... kami bertanya "Ya Rasulullah, apa itu sesuatu yang dapat melenyapkan nikmat-nikmat ?" Beliau manjawab "Kematian".

Diriwayatkan oleh at Thabrani dan Ibnu Majah dari Umar bahawa ia berkata, " Ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba muncul seorang sahabat Ansar, setelah mengucapkan salam ia pun bertanya " Rasulullah, siapakah orang mukmin yang terbaik ? Rasulullah menjawab, "Yang paling baik akhlaknya". Kemudian ia bertanya lagi, "Siapakah orang mukmin yang paling bijak sekali ? Rasulullah menjawab, " Yang selalu mengingati kematian dan yang mempunyai persiapan terbaik untuk menyambut apa yang akan terjadi sesudahnya". Hadis ini juga diriwayatkan oleh Malik. Diriwayatkan oleh at Tarmidzi ( Ibnu Majah, Ahmad dan at Thabrani) dari Syahdad bin Aus, mengatakan bahawa Rasulullah bersabda, "Orang bijak ialah orang yang selalu muhasabah dirinya sendiri dan beramal untuk Alam Akhirat nanti. Manakala orang yang bodoh itu ialah orang yang mengikuti hawa nafsunya tetapi mengharap-harap pertolongan (redha) Allah". Diriwayatkan oleh at Tarmidzi dari Anas bahawa Rasulullah bersabda, "Selalulah kamu mengingati kematian. kerana sesungguhnya hal ini dapat membersihkan dosa-dosa dan dapat membentuk dirimu zuhud kepada dunia ". Hadis riwayat Hitsami dan at Thabrani (dhaif) disebut bahawa sesseorang sahabat bertanya kepada Rasulullah, "Ya Rasulullah, apakah diakhirat nanti ada seseorang yang dikumpulkan bersama-sama para syuhada ?. Rasulullah menjawab, "Ada... iaitu orang yang selalu mengingati kematian sebanyak 20 kali sehari semalam".

Firman Allah swt didalam surah al Mulk ayat 2 yang mafhumnya "Yang menjadikan hidup dan mati, supaya dapat diuji siapa diatara kamu yang yang lebih baik amalannya". Kemudian berkata seorang abadi bernama Abdul Rahman al Suda " yang dimaksudkan dengan orang yang paling banyak mengingat kematian itu ialah orang yang mempunyai persiapan paling baik dan yang paling takut kepada penciptanya". Menurut Ijma' para Ulama ASWJ, maksud hadis Nabi berkenaan "Selalulah kamu mengingati sesuatu yang dapat melenyapkan nikmat-nikmat" adalah sebuah ungkapan yang ringkas tetapi penuh dengan pesanan dan nasihat. Orang-orang yang selalu mengingat kematian akan sedar akan hakikat nikmat sebenar yang sedang dirasai dikala hidupnya sehinggakan dia tidak banyak berharap nikmat itu kekal bersamanya selama-lamanya kerana ia boleh ditarek semula oleh Maha Pencipta Nikmat itu pada bila-bila masa sahaja. Kemudian ia bersikap zuhud terhadap apa yang diharapkan daripadanya, iaitu ia mengenal benar mengapakah nikmat itu hadir, yang diberi oleh Allah swt kepada dirinya maka ia mempersiapkan diri dengan banyak amalan dan sunat untuk menyambut kedatangan kematiannya pula.

Manakala manusia yang berhati lalai itu pula amat perlukan nasihat yang terperinci dan pengajaran yang panjang. Jika sesorang mukmin itu mendengar Sabda Baginda Rasullah saw "Selalulah kamu mengingati sesuatu yang dapat melenyapkan nikmat-nikmat", kemudian ia pula menbaca al Quran didalam surah Ali Imran ayat 185, firman Allah yang mafhumnya "Tiap - tiap jiwa itu akan merasakan kematian", sudah tentu bergoncang jiwanya, keluh kesah hati dan perasaannya, tidak lelap matanya kerana takut teramat sangat akan azab Allah pada Sharakatulmaut dan seksaan seterusnya itu tampa henti diAlam Barzah dan Akhirat nanti. Sehingga disuatu ketika Allah "matikan" ia beberapa ketika dan "memperlihatkan" kepadanya semua amal perbuatannya dari ia dilahirkan hingga kehari itu (seperti wayang gambar) kemudian didatangkan Malaikat Maut Izraail dengan wajah mengerunkan dengan segala persoalannya yang sudah tentu tidak dapat dijawabnya. Begitulah Allah datangkan pengajaran kepada mereka yang dikehandakiNya supaya mereka sedar dan insaf akan perbuatan mereka kemudian berubah menjadi mukmin yang taat.

Amirul mukminin Umar ibnu al Khathab selalu membaca bait syair ini,

"Tidak ada suatu pun yang kamu lihat germerlapan itu kekal abadi, kerana yang abadi itu hanya Allah. Harta dan anak-anak mu juga akan lenyap. Hurmuz (Qarun) pada suatu hari juga tidak perlukan lagi harta kekayaannya. Kaum 'Aaad juga pernah ingin kekal abadi... tetapi gagal. Begitu juga Sulaiman as, pengandali angin, manusia, jin dan semua binatang, Raja terkaya dunia... mana dia raja yang dahulu pernah menjadi manusia paling berjaya dimuka bumi ini ???... diakhirat kelak semua akan tunduk dan tidak mampu berbohong...."

Daripada keterangan diatas, maka ketahuilah oleh mu bahawa mengingati kematian itu adalah perbuatan Sunnah yang akan menimbulkan perasaan cemas dan takut untuk meninggalkan kehidupan dunia yang fana ke Alam Akhirat yang kekal abadi. Jika sesorang yang sedang berhadapan penderitaan hidup yang keras, dengan mengingat akan kematian maka dia akan tenang kerana kematian itu jauh lebih keras penderitaannya. Manakala mukmin yang sedang menikmati dunia akan menjadikan ia tidak lupa diri dengan mengingat kematian. Perhatikan bait syair ahli abadi ini,

"Ingatlah kematian yang akan melenyapkan seluruh kenikmatan, bersiap sedialah menghadapi kematian yang pasti akan hadir kepada mu".

"Ingatlah kematian... nascaya kamu akan mendapat nikmat mengingat kematian. Ingat akan kematian akan dapat mematahkan angan-angan kosong".

Semua telah bersetuju bahawa kematian itu tidak mengenal umur, masa atau penyakit tertentu. Ini bermaksud supaya manusia semua bersedia untuk menghadapi kematian. Dahulu ada seorang abadi yang alim dikota Madinah yang saban hari akan menaiki bangunan tinggi disana dan berseru (berteriak) "... Ayoh berangkat.... Ayoh berangkat" pada suatu ketika tiada lagi kedengaran suara seruannya itu maka ditanya oleh Wali Kota Madinah mana perginya seruan itu, setelah diberitahu akan kematiannya beliau pun berkata " Dia yang setiap malam berseru supaya mengingat kematian dimana semua unta-unta juga turut gementar dipintu rumahnya... sekarang telah meninggal dunia !...tiada lagi ketakutan kepada yang tiada ingat akan kematian ". Seorang Waliallah bernama Yazid ar Raqasyi pernah dilihat selalu berkata-kata kepada dirinya serta memukul-mukul badannya "Yazid...Yazid.. celakalah kamu, setelah kamu mati nanti siapa yang mahu solat atas namamu (bagipihak kamu) ?... siapa yang sudi berpuasa atas namamu ?... dan siapa pula yang bersedia meminta keridhaan Allah untuk mu ?".... " Wahai manusia, kenapa tidak kamu menangis meratapi sisa hidup kamu yang tinggal beberapa waktu cuma ??? Kamu akan dijemput Maut dan menantimu kuburan yang beralaskan tanah dan bertemankan cacing -cacing..." Gementar tubuhnya dek cengkaman rasa takut teramat sangat, pucat lesi wajahnya lalu Yazid pun meraung menangis hingga jatuh pengsan.

Khalifah Omar bin Abdul Aziz pernah mengumpulkan para Ulama-ulama dan mereka bercerita tentang mengingati kematian, kiamat dan akhirat. Disaat tertentu mereka akan meraung menangis seolah-olah kematian orang yang mereka cintai. Berkata at Taimi (seorang cendiakawan Islam) "Ada dua hal yang pasti akan melenyapkan kenikmatan dunia dariku, iaitu ingat kematian dan ingat ketika berada dihadapan Allah swt ". Kata Abu Na'im "Jika Sufian at Tsauri mengingat kematian, berhari-hari ia akan kelihatan sangat sedih, wajahnya murung. Setiap kali ia ditanya tentang sesuatu pekara, ia hanya akan menjawab "tidak tahu... tidak tahu " (menjadikan dirinya kebas, alpa dan kosong ). Berkata Asbatah..." suatu hari Nabi mendengar beberapa orang sahabatnya sedang memuji-muji kehebatan seseorang. Nabi lalu bertanya kepada mereka "Adakah ia selalu mengingati kematian ? ", mereka menjawab " Tidak "... Maka Nabi bersabda " Maka ia tidak sehebat yang kalian katakan !".

Berkata pula Ad Daqqaq (ahli fikir dan flasafah Islam) " Barang siapa selalu ingat kematian, ia akan dimuliakan dalam 3 pekara. Iaitu cepat bertaubat, hatinya menjadi Qana'ah (redha akan pemderian Allah) dan bersemangat untuk beribadat... barang siapa yang lupa akan kematian, ia akan diberi seksa dalam 3 pekara, iaitu lambat bertaubat, tidak puas dengan pemberian Allah dan malas beribadah". Oleh itu hendaklah kamu semua memikirkan soal kematian dirimu sendiri, jangan kamu fikir kematian itu hanya akan datang kepada orang lain. Apabila ia telah amat hampir kepada mu baharulah kamu rasa tertipu dengan nikmat dan keindahan dunia yang fana ini. Segala-galanya akan diperlihatkan kepada mu dengan jelas sekali. Kematian pasti akan hadir jua pada mu walau sejauh mana kamu ingin lari darinya. Ia adalah hakim yang adil, ia adalah tangisan, ia juga perpisahan dan pelenyap kepada semua kenikmatan dunia. Kematian adalah pemutus segala harapan dan angan-angan. Pernakkah kamu memikirkan akan kematian dirimu sendiri ??? Ia adalah saat perpisahan dari tempat kamu didunia yang luas kepada liang lahad yang sangat sempit, saat tiada lagi kawan-kawan yg selalu berhibur bersamamu, mereka menghianati mu tampa dapat kamu berbuat apa-apa, saat perpisahaan dari saudara mara, sahabat taulan, malah keluarga kamu yang tercinta. Saat kamu mengantikan pakaian mewah mu dengan kafan, pakaian tanah yang kotor.

Wahai orang yang selalu mengumpulkan kekayaan dan berlawan untuk mendirikan bangunan pencakar langit. Disaat itu kamu sudah tidak punya daya upaya dan harta kekayaan mu itu tidak dapat menolong mu. Kamu hanya berteman kain kafan yang bakal akan rosak sedikit masa nanti. Tubuh mu yang kamu belai saban hari akan hancur dimakan bumi. Dimanakah harta yang kamu kumpulkan itu ??? Ia menjadi pertelagahan, pergaduhan semua waris mu yang tidak tahu berterima kasih kepada mu. Malahan memaki hamun kepada mu sepanjang hari. Lalu kamu ajukan semua dosa-dosa mu kehadrat Allah swt yang sudah tentu tidak akan menerima akan semua alasan-alasan kamu. Sesuai dengan firmanNya didalam surah al Qashash ayat 77 yang mafhumnya " Carilah pada apa yang telah dianugrahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri Akhirat...". Amat bijak jika seseorang itu memahamkan ayat ini dengan berkata "Carilah olehmu syurga di negeri Akhirat pada apa yang telah Allah kurniakan kepadamu semasa di dunia". Ia bermaksud sesorang manusia harus mengurus pekara dunia untuk akhiratnya bukan sebaleknya. Janganlah kamu lupa bahawa kamu akan meninggalkan keseluruhan hartamu dan akan hanya dibaluti dua lapis kain kafan sahaja. Seorang penyair Islam bermadah...

"Bagaian dari seluruh harta yang telah kamu kumpulkan sepanjang hidupmu, hanyalah dua lapis kain kafan yang membungkus tubuhmu dan sebutir ubat pengawet (kapur barus)."

"Adalah sifat Qa'anah (redha) yang biasa kamu carikan gantinya, disitu ada banyak kenikmatan, disitu ada yang dapat menyenangkan badan... lihat, orang yang paling kaya didunia sekalipun, adakah ia akan diusung kekuburan tampa kain kafan ???".

Yang dimaksudkan dengan sabda Nabi saw dengan sabdanya yang bermaksud "Orang yang bijak adalah orang yang selalu meneliti dirinya sendiri " Ia bermaksud orang yang bijak adalah orang yang suka musahabah dirinya, memandu hawa nafsunya dengan mudah untuk beribadah kepada Allah serta beramal untuk persediaan akhirat nanti. Kemudian ia akan pula meneliti dirinya dan mempergunakan masa dan waktu yang masih ada untuk ibadah dan amal-amal soleh. Itulah bekalan utama rohani bagi setiap manusia untuk menuju kealam akhirat yang kekal abadi. Manakala manusia yang tertipu ialah mereka yang lalai dan asyik dengan nikmat dunia serta berbuat dosa tampa meninggalkan satu amal kebijikan pun, tetapi berkata " aku telah berbaik sangka kepada Tuhanku". Sudah nyata sekali ia berbohong terhadap Allah kerana berbaik sangka itu bermaksud mengerjakan amal kebajikan kehadrat Allah semasa didunia. Maka dibawanya pula beberapa ayat sebagai nas akan perbuatannya itu yang terang-terang tidak memehak kepadanya, malahan ia dianggap penipu dan pembohong.

Berkata Sa'id bin Jubir "Yang dimaksudkan menipu Allah itu ialah jika seseorang yang melakukan maksiat dan dosa-dosa besar tetapi berkeras kepala mengharapkan keampunan Allah". Manakala didalam peristiwa yang lain pula, Baqiyah ibnu Walid mengatakan, "Abu Umairah ash Shuri berkiram surat dengan temannya yang isinya menyebutkan, "Amma ba'du, Selama ini kamu hanya memikirkan dunia, masih saja mengharapkan Allah dengan perbuatanmu yang buruk itu. Ia samalah dengan perbuatan mengetuk besi yang sejuk , sekian wassalam ". Maka diharap kalian semua dapat pengajaran dari riwayat dan sirah ini.



BAB 2 - PEKARA YANG DAPAT MENGINGATKAN KEMATIAN DAN AKHIRAT.


Diriwayatkan dari Imam Muslim bahawa Abu Hurairah berkata "Nabi berziarah kekubur ibunya, beliau menangis dan orang disekeliling juga turut menangis lalu Beliau bersabda 'Aku minta izin kepada Tuhanku untuk mengampunkannya, tetapi Dia tidak mengizinkan aku, lalu aku meminta izin kepadaNya untuk berziarah kekubur ibuku dan Dia memberi izin kepadaku. Oleh sebab itu berziarahlah kekuburan kerana ia dapat mengingatkan kematian". Manakala dari sebuah hadis dhaif yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Ibnu Mas'ud bahawa Rasulullah bersebda " Aku pernah melarang kamu menziarahi kuburan, maka sekarang berziarahlah kekuburan akan kamu semua kerana hal itu akan dapat mengingatkan kematian ".

Berdasarkan ijmak dan kesepakatan para Ulama-ulama ASWJ, menziarahi kuburan bagi kaum lelaki itu hukumnya sunat, tetapi mereka berdebat tentang masaalah ini untuk kaum wanita yang dewasa, setengah menghukumkan ianya harus dan setengahnya menghukumkannya sunat asalkan ia tidak bercampur dengan kaum lelaki ajanabi. Sesetangah ulama ini mengharamkan menziarahi kuburan untuk kaum wanita yang masih muda kerana ditakuti lemah semangatnya. Jadi terserah kepada pendapat kaum muslimin sendiri iaitu hendak mengikut yang mana satu, dimana kedua-dua pendapat itu juga dianggap benar. Ini adalah berasaskan dari sabda Nabi itu tadi yang ditujukan secara terbuka, tidak ia bersifat pengkhususan kepada sesuatu peringkat atau jenis sahaja. Ia bersifat terbuka kepada lelaki atau wanita yang dibenarkan menziarahi kuburan bagi memperingati akan kematian. Manakala menziarahi kuburan yang bercampur gaul antara kaum lelaki dan wanita yang ajanabi (bukan mukhrim) adalah juga haram hukumnya kecuali kepada kanak-kanak lelaki atau tujuan mendapatkan pelajaran yang apabila pemuda itu menumpukan pandangannya kepada kaum winata itu hingga meninbulkan fitnah, maka ia perbuatan berdosa dan juga mendapat pahala. Menurut sebahagian Ulama, larangan Nabi kepada kaum wanita yang menziarahi kuburan itu berlaku sebelum Nabi memberi kemurahan kepada umatnya. Setelah kemurahan itu Nabi berikan maka hal ini merangkaumi seluruh jenis kaum. Oleh itu pendapat pertama itu tadi adalah yang lebih utama.

Diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib kwh, bahawa ia pergi kesuatu kuburan lalu berkata " Wahai penghuni kuburan, kabarkan kepada kami tentang kalian atau kami yang akan memberi kabaran kepada kalian...kalau kabaran dari kami ialah, harta kalian telah dibahagi-bahagi, isteri-isteri kalian telah bernikah lagi dan orang-orang miskin sudah diberi tempat tinggal oleh kaum selain kalian !....Demi Allah, jika mereka semua boleh menjawab, mereka akan mengatakan bahawa bekal yang paling baik ialah TAKWA ! ". Sungguh indah kata-kata dari Abdul Atahiyah iaitu :-

"Hairan aku kepada manusia, seandainya mereka masahabah diri mereka dan memindahkan hal dunia kepada yang lainnya, mereka akan tahu bahawa dunia ini hanyalah sebuah jambatan. Tiada kebanggan sejati kecuali daripada mereka yang bertakwa. Kelak ketika Allah menghimpunkan semua makhluk di Padang Mahsyar mereka akan tahu bahawa bertakwa dan berbakti itu adalah simpanan yang terbaik. Aku hairan kepada orang yang sombong, walhal mereka akan dikuburkan tampa punya kuasa untuk menyegerakan yang diharapkan dan menanguhkan yang ditakuti. Semua yang telah diusahakan semasa didunia dahulu berpindah kepada orang lain atau menjadi rebutan".

Menurut sesetangah Ulama, hati tidak dapat mengambil manafaat dari ziarah kuburan, apa lagi hati yang keras. Sebaleknya bagi yang memiliki hati seperti ini dapat mengatasinya dengan 4 pekara iaitu :-

1) Melazimkan menghadiri majlis-majlis taklim dan usrah untuk mendengar nasihat, pelajaran, peringatan, cerita orang-orang soleh dan majlis-majlis ilmu yang lainnya supaya dapat melembutkan hatinya yang keras itu.

2) Melazimkan mengingati kematian sebagai satu kejadian yang akan melenyapkan semua nikmat-nikmat dunia, memisahkan kasih sayang keluarga dan sahabat taulan dan membuat anak-anaknya menjadi yatim. Pada satu kisah yang terjadi kepada seorang wanita yang mendatangi Siti Aisyah ra mengadu akan hatinya yang sangat keras, lalu Aisyah menyarankan kepadanya supaya selalu mengingati kematian. Setelah menurut saranan tersebut, wanita itu mendatangi Aisyah dan menyatakan hatinya telah menjadi lembut dan menyampaikan ucapan terima kasihnya kepada Saidatina Aisyah ra. Menurut Ulama, mengingati kematian juga dapat melembutkan hati yang keras, menghilangkan rasa megah pada dunia dan menganggap remeh semua musibah yang terjadi.

3) Menemani orang yang sedang menghadapi sakatulmaut atau sakit tenat kemudian mengambarkan akan nasib yang bakal ia tempuhi setelah mati. Hal sebegini akan membuat hati tidak tertarek kepada nikmat dunia, fikiran tidak tenteram, jiwa menjadi gundah gulana, resah gelisah memikirkannya, membuat mata tidak dapat lelap tidur, menimbulkan semangat untuk beribadah dengan lebih tekun dan kuat kerana perasaan takut kepada kematian itu. Didalam kitab 'zawaid al zuhdi' karya Abdullah bin Ahmad bin Hanbal di mukasurat 330, menceritakan perihal Waliallah Hassan al Basri menziarahi seseorang yang sedang menghadapi sarakatulmaut. Setelah ia memerhatikan akan kesusahan yang tersangat pedih untuk dicabut nyawa orang itu, beliau bergegas hendak pulang dengan wajah yang pucat lesi hingga tidak menjamah jamuan yang sedia dihidangkan kerana telah hilang seleranya juga. Ketika ia ditanya, maka ia menjawab, "Demi Allah.. aku baru saja melihat satu peristiwa seksaan kematian yang amat dahsyat, aku berjanji akan selalu melakukan amal untuk menghadapinya bila tiba saat aku bertemu dengan Tuhanku nanti " ketiga-tiga pekara diatas ini haruslah dilazimkan kepada orang yang sangat keras hatinya supaya hatinya menjadi lembut serta dapat menghindari diri dari fitnah-fitnah Syaitan dan Iblis keatas dirinya yang sudah tentu ingin menyesatkannya. Jika ketiga-tiga pekara diatas tadi tidak juga memberi kesan, maka cara terakhir ialah,

4) Melazimkan dirinya menghadiri pengkebumian mayat dikuburan atau turut mengali kuburan bersama-sama. Inilah cara yang paling berkesan sekali untuk melembutkan hati yang keras. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " menziarah kuburanlah kamu kerana ia dapat mengingat kematian dan akhirat serta dapat membuatkan zuhud kepada dunia". Dengan melazimkan diri menyaksikan permakaman jenazah, pertama ia akan mendengar seruan Azan, kedua ia akan dapat memberitahu diri akan tempat kembali yang kekal abadi. Pekara ini diharap dapat memberi keinsafan kepada mereka yang keras hatinya.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad Thabrani dan Hakim, Nabi saw bersabda yang maksudnya "Berita itu tidak seperti melihat dengan mata kepala sendiri". Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Abbas sahaja. Maka haruslah difahami bahawa bukan semua orang boleh berhadapan dengan orang yang sedang bertarung sakaratulmaut atau menziarahi kematian atau menziarahi kuburan. Jika hanya dengan mendengar berita saja tidak juga insaf, maka cara kedua atau ketiga atau keempat itu harus dipeitiskan supaya hati menjadi lembut dan insaf. Pada kebiasaannya, menziarahi kuburan itu lebih mudah dan sangat efektif kesannya. Oleh itu kepada yang menziarahi kuburan haruslah juga mematuhi adab sopan semasa disitu, kemudian berniat bersungguh-sungguh untuk mendapat keredhaan Allah. Disamping memberi keberkatan kepada mayat dan ahli-ahli kubur seklian dengan membaca ayat-ayat Quran, tahlil, selawat dan doa. Antara adab-adab yang utama semasa kekuburan ialah pertama sekali mengucapkan salam kepada seluruh ahli kubur musilimin dan msulimat dengan ucapan "Alaikas Salam tu was salam ala ahli kubur....". Kemudian membuka kasut atau sendal seperti yang telah diajarkan Nabi. Dilarang duduk dipusara atau melangkah diatasnya, kemudian baharulah membaca al Quran, tahlil, selawat dan doa khususnya kepada pusara yang dilawati dan amnya kepada seluruh penghuni tanah kuburan itu.

Diriwayatkan oleh at Tarmidzi didalam kitabnya bertajuk "Jumi at Tarmidzi" bahawa sesungguhnya ada seseorang lelaki datang menemui Rasulullah dan berkata "alaikas salam" lalu Nabi menegurnya "Jangan ucapkan salam seperti itu kerana salam itu hanya untuk menghormati mayat sahaja". Termasuk juga adab menziarai kuburan iaitu semasa mengucapkan salam hendaklah berhadapan dengan kuburan seolah-olah berhadapan dengan manusia itu sewaktu hidupnya. Kemudian ambillah pengajaran dengan mengambarkan keadaan mayat yang sedang diziarahi itu dengan renungan yang dalam sekali dilubuk hati. Dengan gambaran seumpama itu diharap akan mengubah diri menjadi lebih tekun beribadah, menghindarkan diri dari rakus dan tamak kepada harta dunia, menzahirkan khusyu' semasa beribadah dan banyak pengajaran lagi akan diperolehi dari usha seumpama ini.

Manakala terdapat beberapa buah hadis maudhu menjelaskan beberapa peristiwa tentang dihidupkan semula ibu dan ayah Nabi saw untuk di Islamkan oleh Nabi. Maka ia tidak dapat dibentangkan kerana sanadnya yang sangat lemah dan diluar dari pemikiran manusia biasa kerana persoalan ghaib seumpama itu hanya Allah dan RasulNya saja yang maha mengatahui. Mudah-mudahan Allah mengampunkan seluruh keluarga Nabi saw seperti yang beliau harapkan semasa hidupnya lagi. Tambahan pula ia telah disanggah dengan turunnya firman Allah didalam surah anNisaa ayat 18 yang mafhumnya ;

"Dan tidak (diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka didalam kekafiran".

Kemudian didalam surah al Baqarah ayat 119 pula Allah berfirman yang mafhumnya ;

"Kamu tidak akan diminta (dipertanggungjawabkan) tentang penghuni-penghuni neraka".

Maka didalam hal ini kita serahkan saja kepada Allah untuk menjadi hakimnya, waallahua'lam.


Sekian dulu untuk siri perkenalan atas tajuk "SIRAH - KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT " dalam Fasal A - Kematian, bab 1 dan 2. Diharap pembaca dapat memahami akan keadah penulisan sirah al Marhum Syaikh al Qurthubi ra ini yang diterjemah kedalam bahasa Malaysia dari karya asal beliau. Tetapi diatas pekara-pekara supaya ia tidak menimbulkan fitnah kepada umat Islam, maka perlu juga ia diolah dalam bentuk bahasa kita supaya ia mudah difahami. Segala kekurangan harap dapat dimaafkan serta selamat berpuasa.


sekian 

Zamany.

8 comments:


din, kuantan said...
Salam buat Tok Zamany Sesungguhnya catitan - catitan tok terutamanya bab ajaran sesat banyak membuka minda saya ( banyak perkara yang tak disangka - sangka ). Saya tertarik dengan cabaran tok kepada golongan muda supaya menjadi pelapis kepada generasi tok. Untuk pengetahuan tok, saya takde masalah untuk memahami tulisan tok kerana saya tahu serba sedikit tasawuf dari pembacaan ,pemerhatian dan pengalaman saya ( Saya pun selalu berubat juga tok ). Seperti yang tok katakan, ramai yg penipu yakni menggunakan hantu dlm perubatan. Saya juga ada belajar serba sedikit tentang kebatinan ( sebenarnya saya tak tahu nak gunakannya )dan saya ada beberapa soalan jika tok dapat memberi penjelasan kpd saya : 1. Nak baiah dgn Ustaz Mat perlukan kelayakan tak ? sbb saya tidak mempunyai asas al quran yg kuat. Tak begitu lancar 2. Saya berada di Kuantan dan ada tak wakil Ustaz Mat di Kuantan? 3. Batin menggunakan ayat Al quran ? apa pendapat tok
din, kuantan said...
Salam Tok Zamany Saya ada baca komen - komen tok yg lepas dan yg menarik perhatian saya adalah keturunan tok dari kesultanan makassar. Saya juga dari keturunan yg sama iaitu dari jurai Tok Tuan Keraing Aji yg membawa diri ke Pekan, Pahang. Saya rasa Tok membahasakan diri sebagai ' Kawan ' sbb Tok org pekan. Mungkin tok kenal dgn Tokki saya di nenasi iaitu arwah Tok Imam Muda atau ayah saudara saya cikgu Zamli.
zamany said...
Salam cucu din di kuantan... Alhamdullah.. sampai juga mesej atok ya ! ya di kuantan tu memang ada wakil tok mat janggut, tapi malangnya atok tak tahu, kenalah cucu tanya pada tok mat janggut dgn telipon dia 013 4500007 dan tanyakan wakil dia di kuantan untuk cucu jumpa ambil "Baaiah semantara". dan apabila ada kesempatan esok, boleh bertemu sendiri dgn ust mat. Sebenarnya tiada syarat apa2 untuk berguru, yang paling penting ialah keazaman utk jadi baik, terbaik dan agong baik. Walau tampa asas pun boleh belajar. Kenalah faham dulu pengajaran tok mat janggut tu kemudian ia akan jadi mudah. Insyaallah. Tentang keturunan cucu tu memang betul lah kedudukan kalau begitu... bermakna cucu juga adalah saudara atok sebab Imam Muda itu saudara atok. Kita dari jurai yang sama, semua membawa diri kemari. Tapi atok dari Johor riau bukan di pekan, kami guna bahasa yang sama iaitu membahasakan diri sendiri dgn panggilan "Kawan", terutama org2 lama baik di Johor, riau atau dipekan. Atok pernak beberapa kali bertemu Imam Muda semasa beliau masih hidup dulu, awal tahun 1970an utk rujuk kitab Hikam. Beliau sangat alim dan wara'... mudah mudahan roh beliau ditempatkan bersama2 dengan para solehin. Tahu tak cucu, arwah Imam Muda ialah murid kepada Syeikh Mahmud Nasri Othamani iaitu sama guru dengan tok guru kepada Ust Mat Janggut ? Berkenaan dgn belajar ilmu batin tu, bukan begitu caranya. Walaupun ia menggunakan ayat quran sekalipun ia menjadi salah kerana Qasad niat sudah lari dari "Lillahitaa'la" ! inilah yg bercanggah dengan syarak. Niat untuk mendapat sesuatu kehebatan yg membolehkan syaitan menyelit pd niat tadi... maka ia akan hadir pd "hebat" yg dipohon. Maka zahirlah syaitan pd ilmu dan amal tadi... ini dia tipu muslihat syaitan. Nanti jika sudah bertemu dgn ust mat janggut boleh tanya bab ini, beliau sangat arif dlm bab ini... ok. selamat berpuasa... sekian atok zamany
din kuantan said...
salam buat tok zamany alhamdullillah, rupanya ilmu yang tok ajar ini begitu dekat dgn saya rupanye. untuk pengetahuan tok, arwah tokki saya amat pendiam dan banyak menghabiskan masa dgn mengaji dan mengajar ( menurut ibu saya )dan beliau bercakap jika perlu sahaja itupun melalui tok saya. tapi beliau sangat manjakan cucu cucunya cuma saya tak sempat kerana saya lahir tahun yang sama beliau meninggal. dapatlah tok bercerita sedikit tentang beliau kerana pengalaman tok dgn arwah lebih dari pengetahuan ibu saya. tapi tok saya ada soalan yang nak berkongsi dgn tok : 1. semasa akak saya berubat, org yg mengubat akak saya telah didatangi oleh wali allah syed yusuf makassar. beliau menegur keturunan kita yang lalai kepada Allah sambil menangis. beliau menasihatkan kakak supaya mencontohi tokki saya. 2. apa pendapat tok tentang waris penutup untuk keturunan ? contoh wali, raja dan tokoh tokoh terdahulu. kerana saya dapati anak2 saudara dan anak saya mempunyai kelebihan disebabkan perkara diatas. 3. apa pendapat tok apabila seorang sami buddha yang berniat memeluk islam tapi dia telah di'buat' org sehingga mati. tapi sempat mengucap sblm meninggal.
hijabul crewz said...
salam atok zamani... nie saya ada satu soalan..berkenaan dengan Imam Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim...saya ada seorang rakan yang belajar di pondok di kelantan...yang mana dia belajar berkenaan bab aqidah di sana dan banyak lagi...melalui ilmu yang dipelajari daripada tuk-tuk guru dia.... dia kata ibnu taimiyyah dan ibnu qayyim ni sudah dikafirkan oleh kebanyakan jumhur ulama' ahlus sunnah wal jamaah...antara ulama' besar yang mengkafirkan ibnu taimiyyah adalah Imam Ibnu Hajar al haithami.... 1. Adakah benar yang Imam Ibnu Taimiyyah dan ibnu qayyim nie sudah terkeluar drpd ahli sunnah wal jamaah ??? 2. Apakah hukum kita mengambil pendapat daripda beliau ??? 3. Adakah benar kisah ibnu taimiyyah meninggal dalam keadaan bumi tidak menerima jasadnya? 4. Beliau juga dikatakan sebagai wahabi..adakah benar??? last sekali..maaf la kalau cu terlalu banyak bertanya...
zamany said...
Salam cucu din kuantan, Salam juga untuk keluarga din semua, alhamdullah rupa-rupanya begini akan jadinya. Atok dahulu semasa mengaji kitab Hikam dengan Imam Muda tidak menyangka pertalian keluarga itu ada, tetapi selepas beliau bertanya, maka atok mula bercerita dari zaman kerajaan Makasar hingga keluarga atok berhijrah ke Johor. Dari situlah dia tahu atok ni sama jurai keturunan dengan beliau, cuma bezanya atok ni keturunan istana manakala dia adalah darah temenggung Istana. Tetapi satu punca iaitu dari Sultah Syeikh Syeid Idrus al Hajaratulmaut raja yang membuka penempatan pertama sulawisi atau raja pertama Makasar. Kita juga darah keturunan dari Syeikh Gunung Jati salah seorang wali sembilan diIndonasia dan saudara terdekat kepada Syeikh Maulana Malik Ibrahim pengasas walisembilan. Keturunan kita ni kemana saja mereka pergi akan membuka penenpatan atau negeri dan ladang kelapa adalah asas utama petunjuknya. Kalau tak percaya tanya toki cucu... mesti ada ladang kelapa 2 - 3 ekar paling tidak pun. Atok masa belajar dengan arwah dulu duduk di Mesjid saja. Selepas zohor kami mula mentelaah kitab Hikam. kelebihan Imam ialah ia terang hati dan boleh mentafsir bahasa arab dengan baik, malah sesetangah keadaan dia hanya pejam mata membaca ayat2 kerana lazim dengan ayat2 Quran. Atok hanya sempat belajar dengan dia kira2 6 bulan saja tetapi khatam kitab itu. Bukan atok seorang yg belajar, termasuk ust Ibrahim Misjid Tanah melaka. Beliau berhijrah ke Mekah dan mengajar dan kemudian meninggal dunia disana. Sedangkan atok ke seberang sambung belajar. Sekarang ni tinggal atok seorang saja yg masih di sini. 1) Tentang cara perubatan tu... jika menurut atok ia adalah perbuatan yang salah. Perangai Jin islam memang suka mengkaitkan diri mereka dengan tok wali, ia fitnah kepada waliallah. Arwah Tok Imam Muda dahulu pernah menyatakan masaalah utama beliau ialah "saka keluarga" iaitu Jin Islam, Khadam yg diambil oleh org2 sebelumnya. Hendak dibuang tak tahu caranya. Masa tu atok hanya boleh "nampak" saja. Tak tahu caranya. Jika cucu boleh bertemu dgn Ust Mat Janggut nanti, tanyakan masaalah keluarga cucu ni. Minta dia buangkan saka ini kerana beliau arif dalam bab ini. Yg hadir tu bukan tok wali, tapi saka keluarga cucu. Iaitu Khadam jin Islam yang sangat suka kepada amalan untuk dia tumpang sekaki. Jangan bagi peluang kpd dia walau dia nangis sekali pun. Kamu dari darah daging yang baik harus bersih dari pekara sebegini. Kena usha utk buang saka itu... arwah Tok Imam Muda ada cara tersendiri menghindiri akan pekara itu, dia bijak melepaskan diri dari saka ini... itulah bezanya dengan kamu yang tak tahu apa-apa. Maka kenalah belajar !. 2) Tiada istilah Waris penutup keturunan, keturunan akan terus hingga hari kiamat jika Allah izinkan. Kalau penutup bererti ia terhenti kerana tiada zuriat... tapi atok kira tidak begitu kepada keturunan Imam Muda. Adakah yg kamu maksudkan ini berkaitan dengan kebolehan "menurun"? Ketahui lah Tok Guru Imam Muda tidak terkena dengan fitnah ini. Janganlah kamu semua terbabit dengan pekara ini. Pekara "tanaszalul arwah" ini mendatangkan fitnah yg besar pada keturunan. Kamu semua kena faham baik-baik akan pekara salah ini ??? Jika boleh jangan diamalkan lagi pekara "menurun" itu. 3) Jika benar bagai dikata... tok sami itu telah menjadi muslim dan mati didalam Islam. Ia wajib dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan menurut syarak. Cuma perlukan saksi semasa dia mengucapkan dua kalimah sahadah. Jika semua sepakat... itulah caranya menurut syarak. Jika benar ia muslim, beliau terlepas seksa kubur dan terus Allah terima bersama-sama orang2 solehin. Beliau bersih dari dosa seperti kanak-kanak yg baru lahir. wallahua'lam dan maaf jika terhilaf bahasa. atok zamany.
zamany said...
Salam kpd hijabul crewz... Memang terlampau banyak fitnah berkenaan dengan mereka berdua. Ya memang benar mereka pada mulanya telah termakan dengan hasutan ahli Wahabi malahan telah menjadi salah seorang yang mereka agungkan didalam fahaman itu. Ahli wahabi sememangnya membenci ulama ASWJ hingga mereka selalu memburuk-burukkan mereka. Begitu lah juga dengan mereka berdua. Antara hakikat yg paling mereka tidak boleh terima ialah apabila kedua-dua Imam itu berpatah semula menjadi Islam menurut ASWJ. Mereka secara terbuka telah mengaku taubat dan bukan seorang yg menjadi saksinya...ribuan orang. Berkenaan dengan Ulama ASWJ bernama Imam Ibnu Hajar tu sebenarnya bersifat serangan peribadi kepada mereka kerana semasa mereka wahabi, mereka berdua telah menghentam Ibnu Hajar dengan begitu teruk sekali sehingga ia tidak mahu memaafkan kedua-dua mereka itu. Jadi jumurnya itu dianggap peribadi. Jika menurut pandangan ulama-ulama ASWJ, mejoriti menerima pendapat mereka berdua tambahan setelah mereka bertaubat dari menjadi pengikut wahabi, pendapat2 mereka masih diterima pakai malahan karangan beliau menjadi rujukan dikebanyakan tempat hingga kehari ini. Jadi kenapa pula kita menolaknya ? Pendapat menyatakan mayat mereka berdua tidak diterima bumi itu adalah serangan dari pihak wahabi. Bukan dari ulama ASWJ. Ahli2 Wahabi ini menjalankan serangan saraf dan fitnah kepada mereka kerana sifat "tidak boleh menerima hakikat" yang kedua mereka telah berpaling tadah dan bertaubat kembali kepada ASWJ. Jadi sering kali diputar belit kenyataan dan fakta menjadi berpihak kepada mereka. Jangan percaya kepada fitnah wahabi itu. Mereka berniat jahat....wallahua'lam. Tak mengapa, tanyalah... kalau atok boleh jawab, atok jawab. Kalau atok tak tahu, atok cakap tak tahu... mudah saja. Selamat berpuasa. sekian atok zamany
din, kuantan said...
Salam buat tok zamany terima kasih atas pencerahan tok. sekarang baru saya faham kedudukan sebenarnya dan insyaallah saya akan cuba membetulkan kembali keluarga saya. kesilapan ini berpunca dari desakan untuk beriktiar akibat perbuatan orang dan saka. dan seperti yang tok nyatakan terlalu ramai ustaz dan bomoh yg penipu yang menambah lagi beban sedia ada. sehingga kami tak tahu yg mana benar dan salah kerana semua menggunakan al quran.rawatan yg terakhir telah banyak membantu keluarga kami. tapi dari segi kaedah rawatan saya boleh tegur pengubat tersebut dan ajak bersama sama berbaiah dgn ustaz mat. waris penutup bukan bermaksud penutup zuriat atau berkebolehan menurun tetapi waris yg mendapat kebolehan atau darjat dari keturunan terdahulu yang tidak akan diturunkan kepada keturunan selepasnya walaupun zuriat itu bersambung. seperti kebolehan yg diwarisi semulajadi dan darjat diraja. Allah sudah takdirkan saya terbuka hati untuk berhubung dengan tok sempena ramadhan ini agar saya dapat membetulkan kembali keluarga saya. ribuan terima kasih atas nasihat tok dan teguran teguran tok tu adat mengajar, saya tak ambil hati. semoga tok dirahmati Allah swt dan saya minta diri, Tok.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More